suria

Azwan Ali enggan gaduh, anggap isu bayaran Mic On! dah selesai... Tak sabar nak pergi London

Azwan Ali tidak mahu lagi dikaitkan dengan Awesome TV.

ISU antara Azwan Ali dan AwesomeTV nampaknya berakhir selepas pengacara itu memilih untuk 'move on' dan enggan memanjangkan hal berkenaan.

Ia selepas pihak stesen televisyen itu menjelaskan sudah membuat bayaran tertunggak kepada Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA pada hari dia dihentikan tugas pada 8 Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan tertunggak, tapi terlebih bayar! Stesen TV dakwa tidak hutang Azwan Ali, kerja 6 minggu dibayar 10 minggu

ARTIKEL BERKAITAN: Azwan Ali tuntut baki bayaran Mic On!, tak suka dibuat seperti peminta sedekah

Pengacara berusia 56 tahun itu berkata, dia mahu meluangkan masa dengan bercuti di luar negara dan menunaikan umrah.

Tugas Azwan Ali di Mic On! dihentikan serta-mertaAzwan Ali tidak mahu lagi beri kenyataan mengenai Awesome TV.

"Saya dah lama anggap Awesome TV terkubur. Tak ada apa-apa kenyataan untuk saya berikan. Bagi saya, enough is enough.

"Sebab saya pun ada banyak benda nak buat dalam hidup. Sikit pun saya tak heran dan tak ambil pusing pun dengan kenyataan mereka.

"Saya ada benda lebih baik nak buat... lebih baik saya pergi bercuti. Sempadan pun dah nak buka, saya nak pergi London dan tunai umrah," katanya kepada mStar.

Sebab saya pun ada banyak benda nak buat dalam hidup.

AZWAN ALI

PENGACARA

Azwan atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Haji Ali diminta mengulas mengenai kenyataan daripada Awesome TV mengenai bayaran penuh yang diterima.

Sebelum ini, Azwan menuntut jumlah baki bayaran tertunggak seperti yang dijanjikan selain meminta pihak produksi untuk berhenti mengeluarkan kenyataan memburukan namanya.

Azwan turut mendedahkan dia tidak menerima sebarang surat rasmi dan kesal dengan tindakan stesen berkenaan yang mengeluarkan kenyataan rasmi tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

Azwan 3Azwan sepatutnya bergandingan dengan Issey dalam program Mic On!.

Bagaimanapun, pihak Awesome TV tampil menjelaskan mereka sudah memberi bayaran penuh kepada Azwan pada hari dia dihentikan iaitu pada Selasa.

Biarpun hanya melunaskan tugas sebagai pengacara Mic On! selama enam minggu namun pihak stesen TV itu tetap memberi bayaran untuk 10 minggu.

Pihak Awesome TV turut memberitahu bahawa surat pemberitahuan rasmi penamatan khidmat Azwan telah dikeluarkan pada Selasa.

Untuk maklumat, Azwan dihentikan tugas serta-merta selepas didakwa buat hal ketika mengendali program realiti tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain