SERING menjadi pilihan terakhir atau penyanyi ganti, Haiza berkata senario itu sudah menjadi perkara biasa buat dirinya. Tidak berkecil hati, Haiza yang juga penyampai radio Buletin FM memandang daripada sudut positif bahawa ia adalah rezeki yang disimpan Allah untuknya. ARTIKEL BERKAITAN: Anak dah umur 9 tahun, Haiza tak tertekan ditanya tentang cahaya mata kedua ARTIKEL BERKAITAN: Apa kesudahan nasib Haiza di Kool FM? Dua minggu dapat arahan berehat - “Saya bersedia dengan apa sahaja kemungkinan” “Perkara ini bukan hanya terjadi kepada saya sahaja. Malah ramai rakan artis lain turut pernah mengalamimnya. “Disebabkan sudah terbiasa, saya tidak lagi ambil peduli. Apa yang penting adalah menerima bayaran jika mahukan perkhidmatan saya. “Saya ambil dari sudut positif. Jadi pilihan terakhir sekalipun bermakna Allah sudah simpan rezeki itu untuk saya,” katanya ketika dihubungi mStar. Perkongsian Haiza juga menjadi wakil suara artis yang menerima nasib sama Sebelum ini, Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, 42, meluahkan perasaannya di Twitter apabila sering menjadi penyanyi atau pengacara gantian saat akhir. “Saya dah terbiasa menjadi orang gantian dan pilihan terakhir. “Apabila artis lain reject show saat akhir, maka nama kita yang bawah-bawah ini baru naik hanya semata-mata nak ganti sahaja. “Alhamdulillah rezeki Allah bagi walaupun hanya sebagai pengganti,” tulisnya. Apa yang penting adalah menerima bayaran jika mahukan perkhidmatan saya HAIZA PENYANYI/PENYAMPAI RADIO Dalam pada itu, Haiza juga tidak menyangka perkongsian tersebut mendapat respons ramai pengikut. Malah, ada yang turut menceritakan pengalaman sama seperti yang dilaluinya. “Bila ramai yang respons bermaksud perkara ini bukan hanya terjadi dalam industri seni sahaja. “Saya seronok dapat berkongsi pengalaman sebegini. Dapat tahu lebih banyak tentang kehidupan,” jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!