suria

Bergelar penyanyi tidak ganggu fokus Adami Hairi sebagai petugas kesihatan

Adami berdepan cabaran bahagikan masa kerja sebagai petugas kesihatan dan penyanyi.

PENYANYI baharu Adami Hairi mengakui berdepan cabaran dalam membahagikan masa antara kerja hakiki dengan dunia nyanyian yang baru diceburinya.

Menurut penyanyi berusia 32 tahun ini, dia bagaimanapun tetap akan mengutamakan kerja sebagai pegawai kesihatan biarpun kini sudah bergelar penyanyi.

"Kerja hakiki adalah sumber rezeki saya juga. Cabaran utama adalah masa. Saya harus lebih bijak dalam membahagikan masa kerja dan sebagai penyanyi.

Saya harus lebih bijak dalam membahagikan masa kerja dan sebagai penyanyi.

ADAMI HAIRI

PENYANYI

"Untuk masa sekarang ini, saya akan fokuskan dahulu waktu bekerja sebagai petugas kesihatan," kata Adami.

Adami bekerja sebagai petugas barisan hadapan yang berkhidmat di Unit Kawalan Penyakit, Pejabat Kesihatan Daerah Jasin, Melaka.

Dia kini tampil dengan single sulung ciptaan sepenuhnya oleh Rosli Ahmad dan diterbitkan Radical Record Studio yang berjudul Forte.

Adami 2

Adami menyedari masih ramai yang tidak mengenalinya.

Biarpun sudah aktif menyanyi sejak usia 18 tahun namun Adami menyedari masih ramai yang tidak menyedari kehadirannya dalam industri.

"Saya ada juga terfikir mungkin saya agak lambat masuk industri, tapi sebenarnya saya dah mula aktif sejak berusia 18 tahun lagi.

"Mungkin ramai belum mengetahui kehadiran saya tapi saya percaya pada rezeki Allah, bila ada usaha Insya-Allah akan tercapai, bezanya kita akan dapat cepat atau lambat," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain