suria

Ramai tak tahu ibu positif Covid-19 boleh susukan anak ‘skin to skin’, Ika Nabella kongsi ilmu menyusu badan

Ika merupakan seorang pembimbing penyusuan bertauliah.

SEBAGAI seorang ibu dan juga pembimbing penyusuan bertauliah, pelakon Ika Nabella berkongsi tidak ada masalah untuk memberi susu badan kepada bayi secara terus walau ketika sedang dijangkiti virus Covid-19.

Menurut Ika, 33, perkara tersebut sering menjadi kerisauan ramai ibu-ibu di luar sana kerana mereka tidak diberi pendedahan betul tentang kepentingan susu ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggal sebumbung tapi terpisah... Ika Nabella sebak anak ketuk bilik pukul 6 pagi, lawan emosi sepanjang kuarantin

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga tak jujur! Ika Nabila selamba masuk kedai, sijil vaksin tak disemak - “Jangan pentingkan diri, jaga keselamatan pembeli juga satu amanah”

“Ramai tidak tahu ibu yang dijangkiti Covid-19 masih boleh memberikan susu badan kepada bayi mereka secara terus.

“Perkara ini tidak menjadi masalah. Apa yang penting adalah si ibu memakai pelitup muka ketika memberikan susu.

“Sebenarnya susu ibu inilah yang membantu dalam meningkatkan imunisasi anak kecil mereka,” katanya kepada mStar.

ika nabella pic 2

Ika bersama suami dan anak mereka.

Berkongsi pengalaman sendiri, anaknya yang kini berusia dua tahun tidak pernah dijangkiti virus tersebut walaupun menjadi kontak rapat.

Ika berkata, dia juga cuba untuk panjangkan lagi tempoh memberi susu badan kepada anaknya yang kini sudah berusia dua tahun.

Sebenarnya susu ibu inilah yang membantu dalam meningkatkan imunisasi anak kecil mereka

IKA NABELLA

PELAKON

“Sebelum saya terkena Covid-19, pembantu rumah juga dijangkiti. Syukur ia tidak terkena kepada anak saya.

“Sebab itu saya percaya, susu ibu sangat bagus untuk anak-anak kecil.

“Kalau boleh saya nak panjangkan lagi tempoh memberi susu badan kepada anak sendiri untuk ketahanan dia melawan penyakit,” jelasnya.

Untuk rekod Ika mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Zaid Azman pada Julai 2016 dan mereka mempunyai seorang anak bernama Muhammad Noah Zayn yang kini berusia 2 tahun.

ika nabella pic 3

Ika sering berkongsi ilmu penyusuan bayi di media sosial.

Sementara itu, Ika turut menasihati golongan wanita supaya tidak malu untuk bercakap tentang masalah penyusuan bayi yang selama ini dianggap satu isu sensitif untuk dibincang secara terbuka.

“Jika satu perkara yang bermanfaat, tidak perlu rasa malu untuk bertanya atau kongsi.

“Saya juga masih belajar dan seronok memberi pengalaman sendiri dari sudut perubatan untuk kebaikan semua,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain