suria

Berkat sayang anak tiri, Madammu live Facebook sampai jadi jutawan… Ini 5 fakta ahli perniagaan cantik penaja AJL36

Madammu berjaya meraih pendapatan lumayan selepas tiga tahun mengusahakan perniagaan kosmetik.

NAMA usahawan kosmetik Madammu menjadi sebutan netizen di media sosial selepas kejayaannya menaja program nyanyian Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), baru-baru ini.

Memiliki raut wajah jelita dan sikap merendah diri membuatkan ramai terpikat untuk mengenali figura berusia 33 tahun ini.

Jom kita semak fakta menarik mengenai Madammu atau nama sebenar Eriyca Baiduri Abdul Rashid ini!

ARTIKEL BERKAITAN: Duduk kerusi penonton, tidak terjerit-jerit... Netizen puji sikap ‘humble’ Madammu, bandingkan dengan penaja AJL terdahulu

ARTIKEL BERKAITAN: Tuah karya empat tahun lalu, SOG tak sangka ‘Pelukan Angkasa’ juara AJL36... Shila Amzah hilang rasa gementar

1. Asal Terengganu, anak kedua dari tiga beradik

Madammu dilahirkan di Besut, Terengganu. Dia merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Dia mempunyai seorang kakak bernama Datin Dahlia Baiduri Abd Rashid dan adik Dayana Baiduri Abd Rashid.

Madammu membesar bersama ibunya, Normah Dollah selepas kedua orang tuanya bercerai ketika dia berusia dua tahun. Ibunya disahkan menghidap kanser tahap empat kira-kira 17 tahun lalu.

madammu 3

Madammu berasal dari Besut dan merupakan anak kedua dari tiga beradik perempuan.

Semasa ibunya berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mencari rezeki, Madammu tinggal bersama nenek di kampung sehinggalah dia berusia 13 tahun barulah dia berpindah mengikuti ibunya.

2. Kahwin muda dan miliki tiga anak tiri

Madammu memiliki Diploma Penjagaan Kesihatan dan merupakan graduan ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi massa. Dia pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pembaca berita.

Dia berkahwin dengan duda anak tiga yang sudah kematian isteri iaitu Muhammad Azri Che Noh di usia 25 tahun selepas tamat pengajian universiti. Madammu menggelarkan suaminya sebagai TP iaitu Tuan Penasihat. Tiga orang anak tirinya bernama Zahara, Qally dan Ahmadhi.

madammu 5

Madammu bersama suami dan tiga anak mereka.

Dalam siaran langsung di Facebook, Madammu mengakui dia bersetuju berkahwin muda kerana terlalu menyayangi anak-anak suaminya itu.

Melayan anak tiri seperti anaknya sendiri membuatkan ramai kagum dan memuji cara Madammu.

3. Memulakan perniagaan secara online

Selepas dua tahun berkahwin, Madammu berkata dia bosan hanya duduk di rumah kerana anak-anak sudah bersekolah.

Bermula daripada situlah timbulnya idea untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan menerusi laman sosial.

madammu 6

Madammu raih kejayaan menerusi perniagaan yang diusahakan.

Kata Madammu, kali pertama dia meniaga di Facebook adalah dengan menjual baju preloved miliknya, kemudian barulah dia menjual produk kosmetik milik pengasas lain.

Pada tahun 2017, Madammu tampil dengan jenama kosmetik sendiri, Noir Health & Beauty. Hasil kerja keras selama beberapa tahun, Noir sudah mempunyai 21 orang staf dan hampir 20,000 ejen serta berjaya meraih jualan mencecah RM32 juta.

4. Aktif live di media sosial

Sebelum menaja AJL36, Madammu menggunakan live di Facebook menjalankan perniagaan diusahakan termasuklah berkongsi perjalanan kisah hidupnya dengan pengikut.

Madammu 2

Madammu taja AJL36.

Menerusi temubual bersama mStar, Madammu mengakui pengikutnya semakin bertambah selepas dia menjadi penaja AJL36.

Rata-rata pengikut menyukai karakternya yang tenang, merendah diri dan tidak lokek dengan senyuman.

5. Miliki kecantikan semulajadi

Sesuai dengan perniagaan yang diusahakan, penampilan Madammu sering mencuri tumpuan pengikut. Rata-ratanya memuji kecantikan Madammu sebagai pengasas produk kecantikan.

Sehinggakan ada yang menyamakan dia dengan selebriti Thailand iaitu mendiang Tangmo Nida.

madammu 8

Ramai puji Madammu cantik dan merendah diri.

"Saya tak ada darah kacuk. Saya Melayu asal Besut," katanya dalam loghat Pantai Timur.

Berkongsi rahsia kecantikannya, Madammu mengakui dia mengamalkan pengambilan sayur-sayuran dan ulam bagi mengekalkan kesihatan tubuh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain