suria

Ali XPDC ditidurkan, isteri mohon adakan solat hajat dan bacaan Yasin

Ali kini ditidurkan.

KEADAAN kesihatan penyanyi Ali XPDC yang dimasukkan ke Hospital Ampang sejak seminggu lalu semakin merosot dan terpaksa ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas.

Isterinya, Sharifah Syarzana memohon semua peminat dan rakan-rakan melakukan solat hajat dan bacaan Yasin untuk penyanyi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden disambar api, Ali XPDC masih trauma... kini alami gangguan pernafasan

ARTIKEL BERKAITAN: Ali XPDC masuk unit kecemasan PPUM, alami semput dan lemah jantung

"Keadaannya 50-50 sekarang. Minta adakan bacaan Yassin. Saya seorang menemaninya di hospital," katanya kepada Harian Metro.

Ali dikejarkan ke Hospital Ampang pada Jumaat lalu selepas didapati tidak bermaya.

Difahamkan Ali bersama kumpulannya berlatih sebagai persiapan untuk Konsert Jualan Hitam 2022 yang akan berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac ini.

Ali

Facebook kelab peminat XPDC berkongsi perkembangan terkini Ali.

Sementara itu, Facebook kelab peminat XPDC turut memaklumkan keadaan terkini penyanyi itu.

Menurut pengendali laman sosial itu, Ali tidak dijangkiti Covid-19 dan meminta peminat terus mendoakan kesihatan penyanyi itu kembali pulih.

"Assalamualaikum. Perkembangan terkini saudara Ali XPDC setakat jam 7 malam hari ini (Khamis). Ahli keluarga Ali minta semua doakan Ali supaya cepat sembuh.

"Keadaan Ali kalau ikutkan semakin sihat dan mula diajar buat aktiviti ringan dan dah boleh bercakap walaupun keadaan separuh badan sebelah kanan masih lemah. Tetapi petang tadi Ali mengalami sesak nafas dan hospital telah tidurkan sementara buat masa ini.

"Walaupun pernafasan Ali sudah kembali normal tapi dia masih lagi ditidurkan dan dipantau. Apapun beliau masih lagi tidak boleh menerima pelawat.

"Ahli keluarga minta semua peminat dan sahabat untuk doakan dan solat hajat untuk kesihatan Mohd Ali Ismail dikembalikan dan sihat seperti dulu," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan