SIKAP merendah diri dan tidak terlalu menonjolkan diri membuatkan ramai penonton memuji penaja Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang dikenali sebagai Madammu. Rata-ratanya membandingkan Madammu dengan usahawan sensasi yang lain seperti Datuk Seri Vida yang dilihat lebih kedepan mencuri perhatian penonton semasa menaja program hiburan sebelum ini. Menyedari komen yang ditulis netizen di media sosial itu, Madammu atau nama sebenar Eriyca Baiduri Abd Rashid, 32, mengakui malu apabila menerima pujian sedemikian. ARTIKEL BERKAITAN: Tuah karya empat tahun lalu, SOG tak sangka ‘Pelukan Angkasa’ juara AJL36... Shila Amzah hilang rasa gementar ARTIKEL BERKAITAN: Big Stage dituduh kacau rating AJL36, siap bagi Tokti buat ‘closing’ tema ‘This Is Siti Nurhaliza’ imbau zaman lagu Nirmala "Rasa malu pula bila orang cakap saya humble. Ya saya akui ramai komen membandingkan saya dengan penaja terdahulu tapi biasalah netizen ada sahaja komen mereka, saya terima pujian yang mereka beri itu dengan hati terbuka. "Bagi saya, masing-masing ada cara tersendiri dalam memasarkan produk mereka tapi untuk saya cukuplah hanya jenama sahaja ke depan, saya ni hanya penaja sahaja dan kita ikut sahaja apa yang sudah diatur penganjur. Madammu tak kekok duduk di kerusi penonton meskipun sudah disediakan ruangan VIP. "Saya bukan artis atau penyanyi yang bertanding sampai perlu ke depan. Saya penaja jadi hanya duduk dan enjoy the show! Asalkan orang kenal produk saya itu sudah memadai," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis. Sebelum ini tular rakaman video memperlihatkan Madammu tidak kekok duduk di kerusi penonton dan menolak untuk memberikan ucapan semasa acara berlangsung pada malam Ahad lalu. Sebenarnya usahawan lain pun okay sahaja, mereka ada cara sendiri. Kami peniaga ni pun sama macam penyanyi, kena ada kreativiti masing-masing MADAMMU USAHAWAN Sementara itu, pengasas produk kecantikan Noir ini berkata dia tidak memerlukan gimik atau 'drama' bagi memasarkan jenama jualannya. "Saya hormat setiap pengasas ada cara mearketing berbeza-beza, tapi ini cara jenama kami. Saya sebagai pengasas kena bawa nama ini mengikut cara kita sendiri. Madammu enggan dikenali kerana gimik. "Sebenarnya usahawan lain pun okay sahaja, mereka ada cara sendiri. Kami peniaga ni pun sama macam penyanyi, kena ada kreativiti masing-masing. "Alhamdulillah, tanpa perlu menjerit-jerit pun orang kenal jenama saya. Inilah niat saya mahu bina jenama, tak mahulah kalau saya mati nanti dengan produk pun mati sekali," ujarnya. Pelukan Angkasa diangkat pemenang AJL36. AJL36 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada Ahad lalu menyaksikan lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah diangkat menjadi juara edisi kali ini. Lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan Fazleena Hishamuddin ini layak membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi. Sementara itu naib juara milik lagu Cinta nyanyian Marsha Milan dan tempat ketiga adalah Mimpi (Haqiem Rusli). Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!