suria

Didakwa kahwin senyap-senyap, Syafiq Farhain malas layan gosip... Belum sedia kongsi hal peribadi

Syafiq lebih selesa tidak menjawab soalan berkaitan peribadi

DESAS-DESUS mengenai status penyanyi Syafiq Farhain yang didakwa sudah berkahwin nampaknya semakin hangat diperkatakan netizen.

Bagaimanapun, Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain AM Salim, 28, ketika dihubungi mStar lebih selesa mengunci mulut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah habiskan masa 10 jam main PUBG, Syafiq Farhain ‘support’ kaki game - “Ramai raih pendapatan, takkan nak kata buang masa?”

ARTIKEL BERKAITAN: Kesian Syafiq Farhain terkena kudis herpes... susah nak makan dan bercakap - “Yang saya kena ni bukan penyakit kelamin”

“Saya malaslah nak jawab tentang hal ini,” komennya ringkas ketika dihubungi mStar.

Menurut Syafiq, dia belum bersedia untuk berkongsi sebarang cerita tentang kisah peribadinya.

Malah katanya cukuplah orang yang rapat sahaja tahu status sebenar dirinya.

Cukuplah yang mana tahu sahaja

SYAFIQ FARHAIN

PENYANYI

“Rasanya saya belum bersedia untuk kongsi sebarang cerita peribadi.

“Tetapi kepada sesiapa yang tahu saya tidak pernah sorok. Cukuplah yang mana tahu sahaja,” jelasnya.

Sementara itu, Syafiq memberitahu dia baru sahaja selesai menjalani tempoh kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 kali kedua pada 1 Mac lalu.

syafiq 3Syafiq belum bersedia kongsi status peribadi.

Dia tidak mengalami sebarang simptom teruk berbanding jangkitan pertama setahun lalu.

“Saya hanya batuk dan selsema sahaja. Tidak ada simptom teruk berbanding kali pertama terkena Covid-19 sebelum ini.

“Sekarang sudah mula bekerja seperti biasa. Bagaimanapun ada sedikit rasa bimbang kerana tempoh kuarantin hanya seminggu.

“Saya takut menjangkiti orang lain,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain