suria

Seram! Gara-gara ambil keris berbalut kain merah daripada tukang urut, Wanns Ahmad tanggung derita dapat ‘pendamping’

Keris yang diterima Wanns kini jadi pendampingnya

GARA-GARA menerima hadiah sebilah keris daripada tukang urut, pelakon Wanns Ahmad mengalami pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan.

Kejadian itu bermula selepas dia berurut dengan seorang lelaki yang ditemui di sebuah kampung ketika menjalani penggambaran drama.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara terlajak komen di IG... Wanns Ahmad digelar anti vaksin - “Tak perlu sampai bergaduh... berperang di media sosial “

ARTIKEL BERKAITAN: Wanns Ahmad tak selesa disamakan dengan Zizan Razak - “Saya tak mahu jadi orang nombor dua!”

Menurut Wanns atau nama sebenarnya Wan Nursalam Wan Ahmad, 32, dia juga berasa seperti didampingi sesuatu selepas dua bulan menyimpan keris berkenaan.

“Ketika menjalani penggambaran drama di sebuah kampung, saya pergi berurut dengan seorang pakcik dan dia juga penyimpan barangan antik.

“Kebetulan saya juga ada minat yang sama dan bertanyakan jika ada sesuatu yang boleh saya beli.

“Kemudian dia beri saya keris tersebut secara percuma. Ketika itu saya sudah katakan tidak mahu jika keris tersebut ada ‘isi’, katanya kepada mStar.

wanns ahmad 2

Selepas menerima keris itu Wanns sering alami mimpi pelik

Bagaimanapun tambah Wanns, bagaikan 'terpukau' dia tetap menerima keris berkenaan.

“Pakcik itu kata keris boleh jadi pendamping, tetapi entah kenapa saya tetap menerima pemberian tersebut.

“Selepas pulang ke rumah, saya mula rasa tak sedap badan. Saya juga sedar perubahan pada diri yang jadi cepat marah apabila berjumpa orang dan mengalami mimpi pelik dengan nampak wajah menggerunkan.

Pakcik itu kata keris boleh jadi pendamping, tetapi entah kenapa saya tetap menerima pemberian tersebut

WANNS AHMAD

PELAKON

“Apabila saya terima keris itu ia bagaikan akad tanpa sengaja kerana kini ada sesuatu mendampingi saya,” katanya.

Sedar ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya, Wanns berkata, dia cuba mendapatkan rawatan daripada seorang wanita yang merupakan pengamal perubatan Islam.

Menurut pengamal perubatan Islam itu, keris tersebut sememangnya mempunyai ‘isi’ dan lebih parah tidak mahu berpisah dengannya.

“Menurut mak cik tersebut memang betul keris ini ada ‘isi’ dan dia tidak mahu berpisah dengan saya.

“Katanya benda itu mahu menjaga saya. Jadi sekarang ini saya masih cuba cari alternatif untuk buang benda ini,” ujarnya.

wanns ahmad 3

Wanns cuba mendapatkan bantuan untuk pisahkan pendamping tersebut

Selain itu, Wanns berkata, dia juga sedang berusaha kuatkan semangat agar apa yang telah terjadi tidak mengganggu urusan hariannya.

Tambahnya, dia akan cuba mengembalikan semula keris tersebut kepada tukang urut tersebut secepat mungkin.

“Saya masih boleh bekerja seperti biasa, cuma benda ini akan ganggu saya apabila waktu malam.

“Apa yang boleh saya buat ialah menjaga solat dan amalkan zikir selain sentiasa pastikan diri dalam keadaan berwuduk.

“Memang perancangan saya nak pulangkan semula keris ini kepada pakcik yang mengurut saya itu. Bagaimanapun saya perlu berjumpa dan bercakap secara baik dengan dia.

“Saya tak mahu ada perkara yang lebih tidak elok berlaku nanti,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain