AKSI cekik yang dilakukan pelakon Iqram Dinzly bagi mempromosikan drama mengundang rasa kurang senang penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob. Malah penyanyi berusia 43 tahun ini menganggap perbuatan tersebut keterlaluan dan tidak sesuai untuk dijadikan perkongsian di laman sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Syafie Naswip bukan jenis cakap belakang... Akui kecewa pelakon buat gimik murahan demi promosi drama ARTIKEL BERKAITAN: Insiden Mona Allen kena cekik hanya promosi drama, Iqram Dinzly sengaja hidang ‘content’ untuk netizen Tidak salah melakukan gimik untuk promosi drama, namun pemilik nama Ahmad Fadzli Yaakob berkata, dia bimbang perbuatan tersebut menjadi ikutan masyarakat. Fazley berkongsi pendapatnya tanpa menyebut nama di Instagram. "Kalau ada yang tak suka perkongsian itu, saya tak ada masalah. Gimik tak salah, tetapi gimik seperti mencekik itu agak keterlaluan. "Kalau betul untuk promosikan drama, tak apa itu cara mereka. Cuma saya kurang setuju dengan perbuatan itu yang boleh menjadi ikutan. "Bagaimana kalau anak kecil cekik adiknya atau pukul kepala dengan alasan gimik saja? Kalau nak buat gimik, perlu ada kajian. "Bimbang ia jadi ikutan atau sesuatu yang lebih buruk. Artis ini menjadi ikutan masyarakat, sudah tentu yang tidak baik senang diikut dan yang baik itu susah diikut," katanya kepada mStar. Jangan biar spekulasi membunuh imej artis itu FAZLEY YAAKOB PENYANYI & CEF SELEBRITI Sebelum ini, pelakon Mona Allen mendakwa dirinya sengaja dicekik oleh Iqram Dinzly ketika menjayakan penggambaran drama lakonan mereka, Hati Yang Dikhianati. Selepas teruk dikecam netizen, akhirnya Iqram mengakui pertengkaran itu rupa-rupanya hanyalah sekadar content media sosial bagi mempromosikan drama lakonan mereka. Selain Fazley, pelakon Syafie Naswip turut kurang senang dengan tindakan segelintir artis yang mencipta content sensasi di set penggambaran bagi tujuan mempromosikan drama lakonan mereka. Dalam pada itu, Fazley berpendapat setiap gimik memerlukan batasan supaya tidak wujud spekulasi yang mampu memburukan imej atau pandangan terhadap selebriti tertentu. Iqram akui aksi dia cekik Mona hanya content untuk laman sosial. "Macam saya katakan, gimik tak salah... viral marketing lagi bagus. Orang- orang di Malaysia ini memang gemar sesuatu yang viral. "Andai kata nak buat gimik, kita kena fikir, perlu ada batas. Kalau nak buat gimik, terantuk kepala berdarah tapi rupa-rupanya darah itu air sirap, perlu dinyatakan dengan cepat, jangan biar berhari-hari. Jangan biar spekulasi membunuh imej artis itu. "Gimik bagus, marketing sangat diperlukan dan pubsliti sangat penting. Namun perlu ada batas supaya tidak menjadi ikutan," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!