EMPAT hari dijangkiti virus Covid-19, pelakon Ika Nabella memberitahu emosinya terganggu sepanjang tempoh kuarantin. Menurut Ika, apa yang membuatkan dia sedih ialah terpaksa berjauhan dengan anaknya yang baharu berusia dua tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Ika Nabella kini berhijab, mahu jadi isteri dan ibu yang sempurna ARTIKEL BERKAITAN: Ika Nabella rasa nak lempang sebelum peluk Nonny Nadirah - “Kita semua pendosa, bagi masa... dia akan okay!" “Saya tidak mengalami simptom yang teruk. Sakit tekak, sakit-sakit badan, itu semua masih boleh tahan lagi. “Apa yang mengganggu emosi adalah tidak dapat dekat dengan anak. Itu yang membuatkan saya rasa amat sedih. “Anak saya baru berusia dua tahun. Susah untuk buat dia faham tentang Covid-19 ini,” katanya ketika dihubungi mStar. Ika cuba lawan emosi sedih berjauhan dengan anak Bercerita lanjut, Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, berkata, dia tidak dapat menahan sedih apabila anaknya itu terjaga daripada tidur pada pukul 6 pagi dan mengetuk pintu biliknya. Ika turut memberitahu dia tidak pernah berjauhan dengan anaknya sejak lahir dan inilah tempoh paling lama tidak dapat bersama anak. “Bayangkan betapa sedihnya apabila anak saya ketuk pintu pukul 6 pagi dan nak berjumpa saya. Susah untuk buat dia faham tentang Covid-19 ini IKA NABELLA PELAKON “Selama ini saya tidak pernah berjauhan lama dengan anak. Jika ada penggambaran pun saya cuba ambil tawaran kerja yang tidak terlalu lama. “Kali ini walaupun berada dalam satu rumah, tetapi kami terpaksa berjauhan. “Tempoh kuarantin ini adalah ujian Allah buat saya untuk menjadi seorang ibu yang lebih kuat,” katanya. Ika bersama suami dan anak Bagaimanapun Ika bersyukur kerana suami memberi semangat dan sentiasa memberikan kata-kata positif. “Suami saya kata anggaplah ini sebagai me-time dan suruh saya berehat. Dia juga yang cadangkan filem-filem menarik untuk saya tonton sepanjang kuarantin. “Saya cuba gembirakan diri sendiri untuk alihkan perhatian seketika dari terus risaukan tentang anak,” ujarnya. Untuk rekod Ika mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Zaid Azman pada Julai 2016 dan mereka mempunyai seorang anak bernama Muhammad Noah Zayn yang kini berusia 2 tahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!