suria

Azwan Ali tuntut baki bayaran Mic On!, tak suka dibuat seperti peminta sedekah

Azwan akui tidak menerima sebarang surat rasmi yang mengatakan tugasnya sebagai pengacara Mic On! dihentikan serta-merta.

SUSULAN nama digugurkan daripada program Mic On!, pengacara Azwan Ali mendedahkan dia tidak menerima sebarang surat rasmi daripada pihak AwesomeTV.

Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan stesen berkenaan yang mengeluarkan kenyataan rasmi tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tugas Azwan Ali sebagai pengacara Mic On! dihentikan serta merta, stesen TV tak kompromi isu disiplin

"Tiada surat rasmi diberikan kepada saya. Saya hanya tahu nama digugurkan daripada program itu selepas berita keluar di media.

Diva AA 2Azwan sudah tawar hati untuk teruskan tugasnya sebagai pengacara Mic On! sejak minggu lalu.

"Kenapa keluarkan press release tanpa memaklumkan kepada saya terlebih dahulu? Memang saya ada jawab panggilan daripada Pengarah Urusan Awesome TV, Johan Ishak sekitar pukul 3.30 petang semalam.

"Tapi waktu itu, saya dalam keadaan mamai, baru bangun tidur sebab makan ubat, tak berapa sihat. Saya tak marah Johan tapi ada salah seorang pengurusan yang bersikap kurang ajar dengan saya.

"Memang ada beberapa panggilan daripada pihak pengurusan tapi kalau saya tak jawab, kenapa tak mesej saja di WhatsApp?" katanya kepada mStar.

Ikutkan saya memang dah give up nak buat program itu dari minggu lepas.

AZWAN ALI

PENGACARA

Menerusi laporan mStar pada Selasa, Azwan dihentikan tugas serta-merta selepas didakwa buat hal ketika mengendali program realiti tersebut.

Dalam pada itu, pengacara sensasi ini turut memberitahu dia sebenarnya sudah tawar hati untuk meneruskan tugasnya sejak minggu lalu.

"Ikutkan saya memang dah give up nak buat program itu dari minggu lepas. Bila hati dah retak sebab benda seolah-olah nama besar Diva AA diperlekehkan untuk rating.

"Mesti pihak mereka menafikan tapi itulah hakikatnya. Saya dalam bidang ini sudah lebih 33 tahun, bukan kemasyuran yang saya cari.

"Yang saya cari, bekerja dengan produksi yang hebat, hormat satu sama lain dan tidak mempergunakan saya," ujarnya.

Diva AAAzwan tuntut baki bayaran yang tertunggak.

Sementara itu, Azwan turut menuntut jumlah baki bayaran tertunggak seperti yang dijanjikan selain meminta pihak produksi untuk berhenti mengeluarkan kenyataan memburukan namanya.

"Saya tetap akan tuntut bayaran yang sepatutnya. Jangan jadi seperti tahun lalu, saya seperti minta sedekah untuk dapatkan baki bayaran.

"Bagi saya, jumlah bayaran itu tak penting. Tapi kedarat orang dah kikis, tolong bayar. Selain itu, saya tuntut pihak mereka untuk 'shut up'!

"Kalau mereka masih mengeluarkan kenyataan, saya akan ambil tindakan. Sekarang ini, saya sudah berbincang dengan peguam untuk saman kenyataan mereka yang mengaibkan saya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain