suria

Syafie Naswip bukan jenis cakap belakang… Akui kecewa pelakon buat gimik murahan demi promosi drama

Syafie kurang senang gimik murahan mempromosikan drama yang dilakukan oleh segelintir pelakon.

TINDAKAN segelintir selebriti mencipta content sensasi di set penggambaran bagi tujuan mempromosikan drama lakonan mereka mengundang rasa kurang senang pelakon Syafie Naswip.

Sekadar berkongsi luahan di Instagram, Syafie atau nama sebenarnya Muhammad Shafie Naswip, 30, berkata status yang ditulis olehnya itu hanyalah pandangan peribadi secara umum.

"Sebenarnya apa yang saya tulis di Instagram itu adalah perasaan saya ketika itu. Itulah yang saya rasa. Saya hanya meluahkan apa dalam hati saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden Mona Allen kena cekik hanya promosi drama, Iqram Dinzly sengaja hidang ‘content’ untuk netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Syafie Naswip jadi mangsa produksi langgar SOP ambil kru tak lengkap vaksin

"Saya rasa tak perlu la nak ulas panjang. Kalau orang tengok status tu, mereka boleh letakkan diri di tempat saya, itulah yang saya rasa masa update status itu.

"Sekurang-kurangnya saya dah luahkan. Tak perlulah saya nak komen lebih-lebih, kita move on la," katanya kepada mStar.

ayie 3

Status dimuat naik itu hanya luahan hatinya ketika itu.

Pelakon filem Gila Gusti ini diminta mengulas mengenai status yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya pada Selasa.

Dalam status itu, Syafie meluahkan rasa kecewa apabila ada pelakon sanggup mencipta gimik murahan bagi memastikan drama mereka menjadi sebutan.

Saya pun tak kisah bekerja dengan sesiapa, jadi profesional. Ada rezeki buat sajalah

SYAFIE NASWIP

PELAKON

Lebih mengecewakan apabila pelakon berbakat besar juga sanggup melakukan perkara yang sama semata-mata ingin mendapat perhatian netizen.

"Zaman sekarang nak lakukan (popularkan) drama kena buat pergaduhan di set (penggambaran), kena buat live menangis-nangis macam psiko.

"Lepas itu apabila dikecam kata salah netizen dan jawapan tidak apa, aku dapat pahala percuma. Lebih menyakitkan hati orang yang buat ini adalah orang-orang yang sangat berbakat. Kenapa ya? Tak boleh hadam!

"Boleh saja nak marketing cara yang lebih sihat dan bermaruah sikit. Cukuplah berlakon dekat set (penggambaran) sahaja," tulisnya.

ayie 2

Syafie ditemui media semasa tayangan perdana filem Gila Gusti yang diadakan di TGV One Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Ditanya adakah dia bersedia bekerjasama dengan pelakon yang gemar mencipta 'drama' di set penggambaran, Syafie berkata dia sentiasa bersikap profesional.

"Kebanyakan yang pernah bekerja dengan saya mereka tahu saya jenis yang terbuka dalam meluahkan pandangan. Saya melayan semua orang dengan baik, cuma jika ada benda yang tak kena saya akan cakap baik-baik.

"Saya bukan jenis orang suka cakap belakang... apa yang saya rasa nak cakap saya cakap tapi habis situ sajalah. Kalau orang suka atau tidak itu di luar kawalan saya.

"Saya pun tak kisah bekerja dengan sesiapa, jadi profesional. Ada rezeki buat sajalah, industri kita pun kecil sahaja, mana-mana pun akan jumpa juga nanti," ujarnya.

Sebelum ini, pelakon Mona Allen mendakwa dirinya sengaja dicekik oleh Iqram Dinzly ketika menjayakan penggambaran drama lakonan mereka, Hati Yang Dikhianati.

Selepas teruk dikecam netizen, akhirnya Iqram mengakui pertengkaran itu rupa-rupanya hanyalah sekadar content media sosial bagi mempromosikan drama lakonan mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain