suria

Insiden Mona Allen kena cekik hanya promosi drama, Iqram Dinzly sengaja hidang ‘content’ untuk netizen

Kontroversi cekik Mona Allen hanya untuk promosi drama

PERTENGKARAN antara pelakon Mona Allen dan Iqram Dinzly yang heboh diperkatakan sebelum ini diakui hanyalah sekadar kandungan media sosial bagi mempromosikan drama lakonan mereka iaitu Hati Yang Dikhianati.

Iqram yang kini mahu dikenali dengan nama Iqram Dinzlycious berkata kejadian itu hanya gimik yang dirancang untuk dijadikan bualan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Iqram Dinzly dilabel lelaki psiko! Mona Allen mengadu sakit kena cekik betul-betul ketika berlakon

ARTIKEL BERKAITAN: Iqram Dinzly Dikatakan Bersikap Pelik, Kurang Waras

“Kami hanya berikan satu hidangan untuk mereka yang suka ‘membawang’.

“Perkara sebegini dah menjadi trend. Orang tidak akan ambil tahu kalau asyik bercakap perkara yang baik.

“Nama pun media sosial, jadi kami buat hanya untuk suka-suka. Terpulang kepada netizen untuk menilai,” katanya ketika dihubungi mStar.

WhatsApp Image 2022-03-08 at 16.47.26

Iqram tidak kisah dikecam kerana sengaja cipta kontroversi

Sebelum ini tersebar video yang menunjukkan Iqram mencekik Mona ketika di set penggambaran hingga mendapat kritikan ramai peminat.

Menurut Iqram, dia sudah lali dengan kecaman dan berharap kemunculannya dalam drama itu mendapat perhatian.

Orang dah banyak berkata buruk tentang diri saya sebelum ini. Biarlah mereka mahu kata apa sekalipun

IQRAM DINZLYCIOUS

PELAKON

“Kami manfaatkan situasi dan kemunculan saya dalam drama ini untuk diperkatakan.

“Orang dah banyak berkata buruk tentang diri saya sebelum ini. Biarlah mereka mahu kata apa sekalipun,” ujarnya.

Dalam masa sama, Iqram menjelaskan hubungan dia dengan Mona tidak ada sebarang masalah.

Malah dia turut mendapatkan izin suami Mona iaitu pelakon Pekin Ibrahim sebelum memulakan penggambaran.

iqram 2

Gandingan Mona dan Iqram dalam drama Hati Yang Dikhianati

“Bukan hanya Mona, seluruh pasukan produksi bagaikan keluarga buat saya. Mereka memberikan aura positif sepanjang di set penggambaran.

“Mona seorang pelakon yang hebat dan kami sendiri sudah tahu perancangan untuk membuat sedikit kontroversi ini akan menerima kecaman. Sebenarnya hubungan kami baik sahaja.

“Sebelum berlakon saya ada berjumpa Pekin dan meminta izin untuk bergandingan dengan Mona. Dia kata jalan je,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain