suria

Ajoi Zainal alami tekanan, seminggu tak sentuh telefon selepas tiba-tiba pitam di Big Stage 2022

Keadaan kesihatan Ajoi semakin baik.

TEKANAN dan kondisi kesihatan kurang baik menyebabkan peserta program Big Stage 2022, Ajoi Zainal dikejarkan ke hospital selepas konsert minggu keempat pada 27 Februari lalu.

Berkongsi insiden tidak dijangka selepas persembahan pada malam berkenaan, Ajoi, 23, berkata dia tiba-tiba diserang panik dan lemah badan.

"Pada malam itu saya kurang sihat, tak cukup tenaga dan doktor kata over practice... itulah yang menyebabkan saya pitam selepas konsert itu. Saya punya tekanan darah pun tinggi semasa kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajoi Zainal pitam selepas persembahan Big Stage, kini dibawa ke hospital untuk rawatan

ARTIKEL BERKAITAN: Anak saudara Ajoi Zainal meninggal dunia selepas jatuh longkang, emosi terganggu ketika buat persembahan di Big Stage 2022

"Ramai kata serangan anxiety tapi saya tak pernah ada penyakit itu dan inilah kali pertama berlaku. Jadi saya pun tak tahu adakah ini anxiety atau panic attack.

"Selepas pitam itu saya pun tak sedar apa dan hanya berehat di rumah untuk kumpulkan semula tenaga," katanya kepada mStar.

ajoi 3

Ajoi dikejarkan ke hospital selepas pitam di belakang pentas Big Stage pada 27 Februari lalu.

Ajoi ditemui sejurus konsert minggu kelima Big Stage 2022 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, Ahad lalu.

Pada 27 Februari lalu, Ajoi pitam di belakang pentas selepas membuat persembahan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Selama seminggu saya tak pegang telefon, hanya duduk berehat di rumah untuk kembalikan semula tenaga

AJOI ZAINAL

PESERTA BIG STAGE 2022

Menurut pengurusnya iaitu Aidil, Ajoi mengalami masalah kesihatan dan kurang sihat.

Sementara itu, Ajoi memberitahu dia berehat selama seminggu dan meluahkan rasa syukur kerana keadaan kesihatannya kini semakin baik.

ajoi 2

Ajoi alami tekanan sepanjang menyertai Big Stage 2022.

"Alhamdulillah minggu ni saya dah okay. Saya berehat dari Ahad sampai la hari konsert kelima ini. Selama seminggu saya tak pegang telefon, hanya duduk berehat di rumah untuk kembalikan semula tenaga saya.

"Ya saya akui saya tak boleh tertekan dan senang tertekan. Menyertai program ini dari minggu pertama lagi memberikan tekanan dengan pelbagai cabaran.

"Ditambah pula masalah peribadi melibatkan keluarga dan hal lain-lain, itu membuatkan saya jadi tertekan, apa yang boleh saya lakukan sekarang ini ialah menjadi lebih tenang," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain