suria

Dafi tak minat main politik, jadi mangsa netizen lepas geram… Tapi ada juga yang ‘himpit’ sebab anak PM

Dafi akui terkena tempias kecaman netizen

STATUS sebagai anak kepada perdana menteri, penyanyi Dafi mengakui tidak terlepas daripada tempias kecaman netizen yang lantang memberi pendapat soal pentadbiran negara.

Tidak mahu campur tangan dalam urusan kerja bapanya iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Dafi lebih senang tidak menjawab sebarang kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Dafi jadi perhatian, yakin ‘papa’ Ismail Sabri galas tanggungjawab dengan baik - “Dia pernah hidup susah, tak mahu orang lain susah”

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Sabri usik anak soal jodoh, Dafi kata tunggu dulu... Mahu cari yang ‘fun’ berbanding jiwang!

“Politik bukan bidang saya dan saya tidak suka bercakap tentang perkara yang saya tidak tahu.

“Saya tidak berani nak menjawab jika ada sebarang kecaman berkaitan pentadbiran negara kerana saya tidak mahu terlibat.

“Saya hanya melihat daripada sudut positif sahaja. Mungkin setiap kecaman itu adalah luahan mereka yang terkesan dalam keadaan sekarang ini,” ujarnya.

dafi 2

Dafi tidak mahu terlibat dalam dunia politik

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 34, juga meluahkan rasa bangga dengan kepimpinan bapanya tatkala negara kini berhadapan dengan masalah pandemik Covid-19.

Sementara itu, penyanyi lagu Bila Terasa Rindu ini sedar ada pihak yang cuba rapat dengannya selepas bapa menyandang jawatan Perdana Menteri ke sembilan sejak Ogos lalu.

Sebagai seorang anak tidak salah untuk saya rasa bangga

DAFI

PENYANYI

Namun katanya, dia memilih untuk mengecilkan kelompok kawan-kawan sekeliling terutama pada usia yang semakin meningkat.

“Saya melihat sendiri bagaimana ayah bekerja keras sebagai seorang pemimpin. Sebagai seorang anak tidak salah untuk saya rasa bangga.

“Saya sendiri tidak tahu adakah mampu memimpin negara pada usia seperti ayah sekarang ini.

“Betul ada orang yang cuba dekat dengan saya selepas ayah menjadi PM. Tetapi apabila usia saya semakin meningkat, saya lebih suka untuk kecilkan kelompok kawan rapat,” katanya.

dafi 3

Kini lebih fokus kepada kerjaya seni sendiri

Dalam perkembangan seni Dafi berkata, dia kini di bawah pengurusan Rocketfuel Entertainment dan mempunyai perancangan untuk kembali aktif dalam dunia hiburan.

“Sebelum ini saya ada syarikat pengurusan artis sendiri dan banyak belajar pengalaman baharu.

“Sibuk uruskan kerjaya orang lain sehingga kerjaya sendiri sepi.

“Sekarang saya mula bernaung dengan Rocketfuel Entertainment sejak hujung tahun 2021. Jadi lebih mudah fokus pada kerjaya. Hal-hal berkaitan pengurusan ada orang lain yang akan buatkan,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain