suria

Aaron Aziz bimbang anak Kak Long 7E jadi mangsa ejek di sekolah, minta henti sebar video mengamuk

Aaron simpati dengan nasib Kak Long.

SIMPATI dengan nasib seorang wanita dikenali sebagai Kak Long 7E, pelakon Datuk Aaron Aziz meminta orang ramai berhenti berkongsi kejadian itu di laman sosial.

Aaron berkata, perbuatan terus menyebar video berkenaan adalah tidak wajar kerana seperti yang diketahui ramai wanita berkenaan sudah meminta maaf dan menyesal dengan perbuatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kak Long akhirnya akui tak pandai didik anak, sedang ikhtiar bawa Adam jumpa ustaz... bukan kejar wang tapi mahu didikan agama

ARTIKEL BERKAITAN: Tawar hati pulang ke Singapura, Aaron Aziz seronok berniaga minyak wangi

Malah dia juga bimbang apa yang berlaku akan menganggu pembesaran anak wanita berkenaan yang turut terdedah dalam video tular itu.

“Assalamualaikum, saya minta jasa baik semua untuk berhenti repost fasal Kak Long 7E tu.

“Dia pun dah minta maaf dan pasti menyesal. Kesian dengan anak dia nanti nak ke sekolah malu diejek ke apa.

“Cerita dah habis biarkan keluarga mereka hidup dengan tenang,” ujarnya.

kakling2

Wanita tular selepas mengamuk di 7E.

Nama Kak Long atau Wan Nor baizura hangat diperkatakan selepas dia mengamuk gara-gara anaknya dituduh mencuri di salah sebuah outlet 7Eleven di percayai di Terengganu pada minggu lalu.

Selain Kak Long, anak lelakinya Adam yang dituduh mencuri turut dikecam netizen kerana bersikap biadab terhadap staf kedai berkenaan.

Pada 3 Februari lalu, wakil 7eleven bertemu dan bermaafan dengan wanita itu, menyifatkan kejadian berkenaan sebagai salah faham antara staf dengan pelanggan sekaligus menamatkan kontroversi yang melanda.

Kak Long enggan menoleh ke belakang dan mahu melupakan apa yang berlaku pada minggu lalu.

Kak Long menyesal dengan tindakannya.

Bagaimanapun, Kak Long sekali lagi dikecam selepas tular video sedang memaki hamun staf KFC ketika sedang menjamu selera dengan keluarganya.

Sementara itu, Aaron berkata tiada manusia sempurna dan orang yang memaafkan lebih mulia daripada yang menghina.

“Tiada siapa yang sempurna, semua orang ada sikap buruk. Maafkanlah, itu lagi mulia dari condemn, condemn,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain