suria

Netizen doa isteri Yonnyboii dapat hidayah kembali bertudung, Nik Nazira akui masih belajar

Isteri Yonnyboii ditegur netizen kerana tidak bertudung

MENGHADIRI acara Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) Ahad lalu tanpa mengenakan tudung, isteri kepada penyanyi Yonnyboii iaitu Nik Nazira Narriman menerima kecaman netizen dengan hati terbuka.

Enggan ambil pusing dengan komen yang ditulis mengenai imej terkininya itu, Nik Nazira atau Nina, 23, menjelaskan dia masih dalam proses belajar bertudung sejak setahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Yonnyboii harap peminat tak terkejut nampak isteri tak bertudung - “Dia masih muda, saya enggan memaksa”

ARTIKEL BERKAITAN: Yonnyboii bukan perampas! Minta bekas kekasih tunang ‘move on’ - “Dia masih muda... ramai lagi bunga dekat luar sana”

“Saya tak kisah apa pun orang nak cakap. Sebenarnya saya baru saja cuba-cuba bertudung. Yang dah lama kenal dan follow saya di media sosial, mereka mesti dah lama tahu.

“Bukannya saya memang seumur hidup dah bertudung dan sekarang baru buka... saya sedang belajar dan mencuba bertudung semasa PKP dulu.

“Setiap orang ada jalan masing-masing, kita manusia tak boleh jadi sempurna dalam sekelip mata,” katanya kepada mStar.

yonny 2

Yonnyboii dan isteri ketika acara karpet merah AJL36

Pada Ahad, penampilan Nik Nazira menemani suaminya di malam kemuncak AJL36 tanpa mengenakan tudung menjadi perhatian netizen di laman sosial.

Rata-ratanya memintanya kembali mengenakan hijab dan berharap Yonnyboii dapat membimbing isterinya itu ke jalan lebih baik.

"Semoga menjadi suami soleh Yonnyboii. Pelan-pelan ajak isteri menutup aurat. Semoga menjadi suami isteri yang bermanfaat kepada umat lain.

"Bertudung lebih manis, moga diberi hidayah," kata beberapa netizen.

Dalam pada itu, Nik Nazira berkata dia tidak membaca komen netizen di media sosial.

Setiap orang ada jalan masing-masing, kita manusia tak boleh jadi sempurna dalam sekelip mata

NIK NAZIRA

Malah, dia tidak terasa hati dengan kecaman yang ditulis itu.

“Sejujurnya saya memang tak buka Facebook, malah tak baca pun apa komen yang mereka tulis. Tak rasa stress pun. Apa mereka nak cakap, terpulanglah.

“Suami pun memahami situasi saya dan kami sekarang sama-sama belajar untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik,” ujarnya.

Ini merupakan penampilan kedua Nik Nazira di majlis hiburan tanpa mengenakan tudung.

yonny 1

Pasangan ini berkahwin pada November 2021

Semasa Majlis Penganugerah Muzik 2021 Joox pada 17 Februari lalu, Nik Nazira turut menemani suaminya dengan imej ‘freehair’.

Menerusi temubual bersama mStar, Yonnyboii berkata dia sudah bersedia jika penampilan isterinya tanpa tudung itu diketahui umum.

“Isteri masih muda jadi saya enggan memaksanya. Dia memang masih belum bertudung penuh dan sedang belajar lagi.

"Saya sudah tiga tahun dalam industri dan sudah lali berdepan dengan kritikan netizen... kecaman itu biasalah. Pengalaman ini sudah pun saya kongsikan dengan isteri supaya dia tidak terkejut," katanya seperti dilaporkan mStar sebelum ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain