APA yang berlaku terhadap Siti Nordiana di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) Ahad lalu agak mengecewakan peminat yang mengharapkan penyanyi itu memberikan saingan hebat daripada segi vokal. Rata-rata tidak percaya penyanyi senior seperti Siti Nordiana, 38, gagal mengawal teknik nyanyian dengan baik ketika menyanyikan lagu Angkara. Kegagalan mengawal isu teknikal itu turut diakui guru vokal Siti Nordiana sendiri iaitu Syafizawati Sharif atau lebih mesra dipanggil Cikgu Shafi. ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali beraksi secara solo di pentas AJL36, Siti Nordiana banyakkan bersenam... Elak ‘pancit’ atas pentas ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Terkilan difitnah... Siti Nordiana tetap sayang persahabatan dengan Syura dan Lan Solo - “Kami lalui susah senang bersama” Kata Shafi, kesalahan teknikal terutama ‘pitching’ yang dilakukan anak didiknya itu berpunca daripada kegagalannya mengawal minda. "Secara teknikal memang banyak kesalahan, sangat ketara. Ada banyak masalah pitching. Pitching adalah frekuensi yang harus bersatu dengan diri... ia ada kaitan dengan permainan fikiran. Cikgu Shafi akui Nana gagal mengawal teknik nyanyian dengan baik ketika persembahan AJL. "Sayangnya masalah sakit tekak dan selsema telah mempengaruhi minda dia ketika di atas pentas," katanya ketika ditemui mStar. Pada AJL36 Ahad lalu, Siti Nordiana yang pertama kali beraksi secara solo di pentas berprestij itu menerusi lagu Angkara ciptaan Sharon Paul, Fedtri Yahya dan Nana Alias gagal memberikan persembahan memukau. Bekas juara Gegar Vaganza musim kedua itu kelihatan tidak selesa ketika menyampaikan lagu berkenaan. Sayangnya masalah sakit tekak dan selsema telah mempengaruhi minda dia ketika di atas pentas. CIKGU SHAFI GURU VOKAL Menjelaskan lanjut tentang masalah yang dihadapi anak didiknya, Shafi bagaimanapun berkata Siti Nordiana bukanlah seorang penyanyi yang sering berdepan masalah sumbang. Namun kegagalan mengawal tekanan menyebabkan Siti Nordiana melakukan masalah berkenaan. "Dia bukan penyanyi yang sikit-sikit sumbang... dia tak ada masalah tu. Tapi penyanyi kita lemah kawal stress belakang pentas, lemah kawal anxiety sebelum naik pentas. "Kesian kan? Nak menangis pun ada... saya rasa apa yang dia rasa. Cikgu Shafi memberi penerangan tentang persembahan Siti Nordiana kepada wartawan mStar. "Muka dia nampak tak best di atas pentas, mood down. Dia nampak kecewa kerana dia tahu dia salah," katanya lagi. Tambah Shafi, Siti Nordiana berdepan masalah kesihatan dipercayai akibat latihan menjelang malam kemuncak AJL36. "Dia tak minum ais, dia memang jaga suara... jaga tidur dia. Tapi masalah sakit tekak dan selsema itu berlarutan. "Apabila saya buat kelas dengan dia pada Jumaat dan Sabtu, dia tak nak push sangat. Dia kata sakit tekak. "Sebagai guru saya cuba cari solusi. Sehinggalah pada Sabtu keadaan dia agak bahaya untuk menyanyi tambahan pula dengan mindset dia yang tak stabil. Siti Nordiana ketika membuat persembahan di atas pentas malam Anugerah Juara Lagu ke 36. "Sehingga ketika dia tengah makeup pun saya call sebab nak tengok muka dia. Saya tanya okey ke tidak, dia jawab dengan intonasi yang menurun," katanya. Dalam pada itu Shafi berharap masalah yang dihadapi Siti Nordiana itu dapat dijadikan pengajaran untuknya pada masa depan. "Bagus terjadinya benda (masalah) ni, jadi pengalaman dan pengajaran supaya dia upgrade. Jika tidak, tak ada ruang pembentukan diri. "Saya harap dia sedar dan move on. Sudah pasti dengan semangat nak move on, dia pasti boleh," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!