suria

[VIDEO] Elfira Loy lama mengidam nak lompat ‘swimming pool’, sudah baca doa sebelum buat

Aksi Elfira yang membuatkan ramai netizen bimbang

AKSI pelakon Elfira Loy melompat di kolam renang dalam keadaan sarat mengandung dengan berkasut tumit tinggi menerima pelbagai reaksi di media sosial.

Rata-rata netizen meluahkan rasa ngeri dengan tindakan pelakon itu yang dianggap terlalu bahaya bagi wanita yang sedang hamil.

ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy tak berkira dengan keluarga, percaya rezeki yang ada untuk dikongsi bersama - “Kalau ada RM100, El bagi semua kepada mereka”

ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy umum hamil, tak percaya bakal jadi ibu dua anak - “Meskipun menunggu tak lama tapi saya ada momen itu”

Malah ada juga yang memuji sikap berani Elfira yang sanggup melakukan perkara bahaya itu demi mendapatkan rakaman video yang menarik.

“Part lari tu sanggup eh awak! Rayyan dah selamat mandi dalam pool ke tu?

elfira 2

Elfira bersama suami dan anaknya

“Dia lompat kita yang risau. Seriau tengok takut tergelincir”

“Ya Allah Ell, lajunya lari dan lompat tu bahaya la”

“Pakai heel, berlari dan melompat. OMG takutnya tengok” ujar beberapa netizen dan rakan artis.

Dalam pada itu, Elfira memberitahu dia sudah memikirkan sama ada mahu untuk melakukan aksi lompat itu atau tidak.

Katanya, perasaan mahu melakukan itu membuak-buak seperti mengidamkan sesuatu.

Namun, dia mengingatkan agar aksi melompat itu tidak jadi ikutan ibu hamil yang lain.

I percaya Allah lindungi i, i baca doa sebelum lompat tu

ELFIRA LOY

PELAKON

"Sama nak lompat ni i fikir semalaman nak buat ke tak.

"Lepas itu i tengok macam dekat je, so untuk atlet lompat jauh, i rasa ini seperti kacang.

"Tapi bila sampai dekat memang kecut perut, rasa nak sangat macam orang mengidam makan sabun tu.

"I rasa mengidam nak lompat ni sebab dah plan lama nak lompat. I tak suggest untuk lompat bagi sesiapa yang tak berani.

"I percaya Allah lindungi i, i baca doa sebelum lompat tu. Terima kasih risau pasal i, bila dah buat baru fikir, kenapa i buat," ujarnya.

Selain itu, Elfira turut menjelaskan dia lebih selesa berlari memaki kasut tinggi berbanding kasut yang tiada tumit.

"I banyak tersandung pakai kasut flats dan sport shoes dari pakai heels. Sebab itu saya boleh lari pakai heels dari pakai sandals. So this little heels like flat to me," tulisnya.

Video yang dimuat naik di Instagram itu kini menerima lebih 56,000 tanda suka dan 600 komen pengikutnya.

Elfira berkahwin dengan Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki Rayyan pada Oktober 2019.

Pada Oktober tahun lalu, Elfira mengumumkan berita gembira apabila hamil anak kedua.

Namun, dia tidak menyatakan usia sebenar kandungannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Elfira Loy, Elfira Loy Lompat

Artikel Lain