SELEPAS enam bulan mendirikan rumah tangga, akhirnya pasangan selebriti Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin bakal mengadakan majlis resepsi sempena perkahwinan mereka itu pada 26 Mac depan. Kata Zizi, 36, majlis itu diadakan secara kecil-kecilan di kampung halaman Yusuf di Melaka dan hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat. "Sudah lama kami tunggu nak buat majlis untuk keluarga dan kawan-kawan rapat, Alhamdulillah akhirnya dapat berjumpa mereka meraikan hari bahagia kami. Sebelum ini jadual agak padat dengan kerja, jadi apabila ada tarikh kosong ini kami teruskan. ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana sah milik Yusuf Bahrin, rancang majlis resepsi Disember ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan bergelar isteri Yusuf, Zizi Kirana seronok sediakan bekal untuk suami setiap hari "Majlis pun buat kecil-kecil sahaja, kiranya macam majlis kesyukuran... bukanlah majlis resepsi yang betul-betul siap ada bersanding semua, niat kami hanya nak jumpa famili dan kawan-kawan. Zizi seronok layari alam perkahwinan sebagai isteri. "Sepanjang majlis itu nanti, kita akan ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Dalam keadaan sekarang ini, tak boleh nak jemput ramai-ramai dan kita juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga," katanya kepada mStar. Kalau masa persembahan tu feel lain, tapi ini dengan baju pengantin lagi. Satu pengalaman baharu buat kami berdua! ZIZI KIRANA PENYANYI Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil berkahwin dengan Yusuf Bahrin, 29, di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 19 September tahun lalu. Sementara itu, penyanyi lagu Pijak ini mengakui gementar menanti majlis berkenaan mengenangkan dirinya sebagai pengantin pasti menjadi tumpuan tetamu. Zizi dan Yusuf teruja untuk bertemu keluarga dan teman rapat di majlis resepsinya tidak lama lagi. "Tiada sebarang persediaan besar pun sebab kami masing-masing tengah sibuk menyelesaikan kerja di Kuala Lumpur, jadi kita sediakan apa yang perlu sahaja. "Pakaian, lokasi, makanan dan jemputan semua dah selesai cumanya saya gementar sikit sebab nanti nak kena berjalan depan orang ramai. "Kalau masa persembahan tu feel lain, tapi ini dengan baju pengantin lagi. Satu pengalaman baharu buat kami berdua. InsyaAllah semoga semuanya akan dipermudahkan," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!