suria

Fizi Ali panik jari manis tiba-tiba lembik selepas tepis bola... Lepas buat X-ray, doktor sahkan urat putus

Jari Fizi akan ambil masa dalam enam minggu untuk sembuh.

MALANG tidak berbau... itulah yang terjadi kepada penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali yang mengalami kecederaan di jari ketika bermain bola sepak dua hari lalu.

Menurut Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, insiden itu berlaku ketika dia ingin menepis bola yang datang ke arahnya dengan laju.

ARTIKEL BERKAITAN: Cepatnya lelaki ‘move on’, netizen tuduh Fizi Ali gatal cuba pikat wanita di TikTok... Siap terkait punca bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi keluar dengan perempuan, Fizi Ali perjelas suara di sebalik video baca buku bersama anak

Tamat sahaja permainan, penyampai radio berusia 32 tahun itu mula berasa panik apabila melihat jari manis kirinya menjadi lembik.

Fizi 2

Fizi alami kecederaan ketika bermain bola sepak.

"Baru nak mula aktif semula main bola sepak... dah cedera pula. Dua hari lalu, saya ada main bola sepak dan jadi penjaga gol.

"Nak jadikan cerita, saya tepis bola yang sangat laju dan masa itu dengar la macam bunyi patah. Tapi saya teruskan main.

"Bila dah habis main, saya buka glove... barulah nampak jari manis jadi lembik. Tak boleh bergerak atas dan bawah," katanya kepada mStar.

Dua hari lalu, saya ada main bola sepak dan jadi penjaga gol.

FIZI ALI

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

Sebelum ini, bekas suami kepada aktres Shakilla Khoriri itu berkongsi foto memperlihatkan jari manisnya mengalami kecederaan.

Berkongsi mengenai detik cemas itu, Fizi memberitahu dia terus bergegas ke hospital dan doktor mengesahkan urat jarinya sudah terputus.

Kata Fizi lagi, buat masa ini doktor mahu cuba merawat secara semula jadi dengan memakaikan sarung untuk menyokong keadaan jarinya.

Fizi 1

Fizi bersama anaknya, Ameena.

"Memang panik la... saya terus ke hospital dan masa itu doktor kata ada kemungkinan sama ada urut pergerakan jari putus atau urut putus dan tulang patah.

"Kalau urut putus dan tulang patah itu memang bahaya. Kena terus operation. Alhamdulillah, selepas lakukan X-ray, hanya urat saja putus.

"Doktor kata nak cuba rawat cara semula jadi. Mungkin dalam enam minggu macam itu kena pakai sarung support jari," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain