suria

Peluang anda menang wang tunai! Mudah sahaja, hanya teka lagu di SINAR Siapa Tu?

Menang wang tunai dengan cara mudah di SINAR.

PERNAH atau tidak apabila anda mendengar bait-bait lagu atau hanya dinyanyikan secara humming, anda mula terfikir siapakah penyanyi sebenar lagu tersebut?

Kadang-kala sampai seharian lagu itu melekat dalam fikiran dan semestinya akan rasa tidak berpuas hati selagi belum dapat teka siapa penyanyi sebenar sesebuah lagu itu.

Tapi, ada juga orang yang pakar dalam muzik dan boleh teka nama penyanyi dengan sekelip mata sahaja!

ARTIKEL BERKAITAN: Sinar FM Dekati Pendengar Dengan 'Konsert R&R'

ARTIKEL BERKAITAN: Rahim Muntah, Pengsan Kerana Bersenam

Sebagai contoh apabila terdengar lagu berjudul Balik Kampung, dengan mudah dapat teka penyanyi asal lagu ini adalah Allahyarham Sudirman.

Bukannya susah pun kalau lagu yang dinyanyikan secara humming itu adalah sebuah lagu popular dan sering diputarkan di radio.

Lebih menarik lagi jika dapat teka nama penyanyi boleh menang hadiah wang tunai.

sinar 11

Segmen Pagi Di SINAR bersama trio Angah, Jep dan Rahim

Bagaimana caranya?

Mudah sahaja... hanya teka penyanyi sebenar lagu yang dinyanyikan secara humming, wang tunai berjumlah RM 250 bakal jadi milik anda.

Justeru serlahkan bakat anda untuk teka penyanyi sebenar lagu yang dimainkan menerusi peraduan SINAR Siapa Tu? di stesen radio SINAR.

Dalam peraduan kali ini, penyampai akan mendengar lagu menerusi headphone mereka dan menyanyikannya semula secara humming.

Video nyanyian penyampai tersebut kemudian akan dimuat naik di laman sosial SINAR.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah menjadi pemanggil bertuah pertama dan memberikan jawapan yang tepat.

Jika betul wang tunai RM 250 akan menjadi milik anda.

Bagaimanapun jika jawapan yang diberikan salah, wang tersebut akan digandakan dalam segmen seterusnya.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web sinar.my.

Jangan lepaskan peluang sertai peraduan yang bermula pada 14 Mac.

Terus dengarkan Pagi Di SINAR bersama trio penyampai Angah, Rahim dan Jep yang akan menyinari pendengar dengan pilihan lagu-lagu terbaik.

SINAR semestinya sentiasa menyinari hidupmu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain