suria

[VIDEO] Dikecam tak boleh nyanyi ‘live’, asyik hulur mic kepada penonton... Amy Search tak melatah, percaya rezeki masih ada

Nyanyian Amy dalam satu perembahan baru-baru ini dikecam netizen.

KRITIKAN dan kecaman kononnya sudah tidak boleh menyanyi dengan baik sedikit pun tidak menjejaskan penyanyi rock legenda, Amy Search.

Enggan melatah dengan sindiran seperti itu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, berkata dia percaya rezekinya dalam bidang nyanyian masih ada.

ARTIKEL BERKAITAN: Sengketa Search bersama Amy belum selesai! Nasir pula didakwa tak cakap betul, buat pusingan ‘U’

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah Amy Search tak muncul di pengebumian Yazit, ada komitmen kerja di Indonesia

“Dari dahulu lagi orang sentiasa memberi komen. Saya berbesar hati menerima sebarang komen negatif yang diberikan.

“Jika komen positif saya ucapkan terima kasih.

“Hidup kita bergantung kepada Allah dan setiap rezeki itu adalah kurniaan-Nya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

amy search 1

Amy terima kritikan dengan hati terbuka

Sebelum ini tular satu video yang menunjukkan Amy membuat persembahan pentas menyanyikan lagu popular, Isabella.

Menerusi ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang mengkritik vokal Amy kerana dianggap sudah tidak mampu menyanyikan lagu bernada tinggi dengan baik.

Selain itu ada juga yang mengatakan susunan muzik yang dimainkan tidak sehebat ketika Amy bersama kumpulan Search.

“Part piching tinggi selalu suruh audien support, duduk rumah la Amy awak dah tak boleh menyanyi.

“Key rendah pun masih tak sampai nak buat macam mana. Faktor usia ya juga.

“Vokal Amy masih boleh dimaafkan tapi sound sistem hancur gila. Macam muzik rumah orang kahwin,” tulis beberapa netizen.

Saya berbesar hati menerima sebarang komen negatif yang diberikan

AMY SEARCH

PENYANYI

Mengulas tentang hal tersebut, Amy enggan memberi sebarang komen mengait namanya lagi dengan kemelut yang pernah melanda kumpulan legenda itu.

“Tidak perlulah saya komen tentang hal itu. Biarlah mereka nak cakap apa,” ujarnya ringkas.

Untuk rekod Amy mengumumkan keluar daripada kumpulan Search pada Mac 2020 yang mana anggota asalnya terdiri daripada Nasir selaku pemain bass, Nordin (gitar) dan Kid (gitar).

Bagaimanapun Amy kemudian kembali bergabung pula dengan Man Kidal, Hillary Ang dan juga Nasir membentuk Search baharu.

Mereka bakal tampil dengan dua lagu baharu berjudul Endamik 1 dan Endamik 2 dalam masa terdekat.

Bercakap tentang perjalanan seni, kata Amy dia masih menerima undangan nyanyian termasuk majlis korporat dan perkahwinan.

“Syukur rezeki saya masih berjalan seperti biasa.

“Saya masih menerima undangan nyanyian di majlis-majlis tertutup dan saya akan terus menyanyi selagi terima jemputan,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain