suria

Lisa Surihani beranikan diri ceburi bisnes, dapat sokongan suami jual produk penjagaan rambut

Yusry memberi sokongan penuh kepada Lisa memulakan perniagaan.

LAMA tidak muncul di mana-mana drama atau filem bukan bermakna Datin Lisa Surihani sudah meletakkan noktah pada kerjaya seninya.

Bagi Lisa, 36, meskipun keluarga kini menjadi keutamaan, namun dunia seni tidak mungkin dilupakan begitu sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah ‘birthday’ Yusry yang ke-48 cukup bermakna, Lisa Surihani selamat bersalin anak lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Surihani hamil lagi, Yusry akhirnya buka mulut bakal timang anak ketiga - “Tentunya kami amat bersyukur kepada Allah”

Sebagai seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata, Lisa juga akui agak memilih tawaran kerja kerana perlu mengimbangi masa dengan tanggungjawab di rumah.

“Cinta saya terhadap bidang seni tidak pernah bernoktah. Seorang anak seni akan terus memegang gelaran itu selamanya.

“Saya masih menerima tawaran berlakon cuma sekarang ini lebih suka bidang pengacaraan.

“Saya yakin rezeki Allah dalam bidang ini dan akan terus berada dalam industri selagi diperlukan,” katanya.

lisa surihani 3

Lisa masih terus aktif dalam dunia seni.

Dalam sibuk menguruskan rumah tangga, Lisa kini memberanikan diri untuk memulakan perniagaan menerusi produk penjagaan rambut jenama sendiri yang diberi nama Suri.

Melihat rakan artis lain yang sudah awal memulakan perniagaan mereka, Lisa bagaimanapun tidak merasa terlambat untuk bertapak sebagai seorang usahawan.

Malah Lisa turut mendapat sokongan suaminya Datuk Yusry Abdul Halim yang banyak memberi input terutama dalam sudut kreatif penghasilan produk.

Seorang anak seni akan terus memegang gelaran itu selamanya

DATIN LISA SURIHANI

PELAKON/PENGACARA

“Saya tidak pernah rasa terlambat untuk mula belajar tentang selok-belok dunia perniagaan dan saya rasa ini adalah masa yang sesuai untuk memulakannya.

“Suami adalah orang pertama yang memberi sokongan apabila saya mengemukakan hasrat untuk terlibat dalam perniagaan ini.

“Dia (Yusry) merupakan seorang pengarah dan banyak memberi idea terutama dalam sudut kreatif,” jelasnya.

Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 7, Yusof Leone, 5, dan Yunos Laith yang kini berusia sembilan bulan.

Bercakap lanjut tentang perniagaan, kata Lisa idea tersebut ini tercetus apabila dia sendiri mengalami masalah keguguran rambut selepas melahirkan anak ketiga.

lisa surihani 2

Memulakan perniagaan jenama sendiri.

“Niat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan sebetulnya memang sudah ada, namun tanpa pengalaman mahupun panduan yang betul membuatkan saya tangguhkan dulu.

“Sebagai salah seorang yang turut mengalami masalah rambut gugur, saya bertemu dengan seorang pakar rambut dan hasil perbincangan terhasilah produk Suri,” ujarnya.

Produk jenama ini boleh dibeli secara atas talian di laman web Nori selain terdapat di sepuluh cawangan pasaraya Aeon seluruh negara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain