suria

[VIDEO] Dayana Rozana cemas dah seminggu anak sembelit, najis berdarah

Dayana kongsi keadaan anaknya yang alami masalah sembelit sejak seminggu lalu.

PELAKON Dayana Roza berkongsi detik cemas apabila anak sulungnya iaitu Astrid Raheeya berdepan masalah kesukaran untuk membuang air besar dan adakalanya mengalami pendarahan.

Berkongsi perkara terbabit di Instagram, Dayana memberitahu biarpun sudah menukar permakanan namun anaknya yang kini berusia sembilan bulan masih berdepan masalah yang sama sejak seminggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dengar bunyi tercekik, Dayana Roza terkejut anak tersedak susu... simpati kejadian bayi meninggal dunia tiba-tiba

Selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa perut anaknya sudah dipenuhi dengan najis yang tersekat sehingga usus atas.

"Sah seminggu lebih @astridraheeya poopoo (buang air besar) keras dan kadang-kadang berdarah. Setiap kali poop mesti dia menangis. Dah tukar diet dia ke high fiber fruits dan veggies pun sama.

"Hari Rabu, lepas habis shooting umi call beritahu Astrid masih menangis waktu poop. Jadi bawa dia pergi hospital untuk check. Memang dah plan kalau tak okay juga nak tukar susu tapi nak minta pendapat doktor dulu.

"Tiba-tiba doktor cakap perut dia dah keras dan kena x-ray, bila result keluar rupa-rupanya poop Astrid dah penuh dan block sampai usus atas," katanya.

Berkongsi lebih lanjut, pelakon drama I Promise Janji Anaqi ini memberitahu anaknya terpaksa ditahan wad untuk menjalani rawatan ujian darah.

"Doktor cakap kena warded for blood test, masuk drip dan flush poop dia. Ada kes yang teruk sampai baby kena operate sebab dah flush pun tak keluar habis.

Doktor cakap kena warded for blood test, masuk drip dan flush poop dia.

DAYANA ROZA

PELAKON

"Saya terus seram sejuk dengar dan doa harap selepas flush terus okay. Tak nak sampai operate, tak sanggup," kongsi Dayana.

Selain itu, anaknya juga mengalami bintik-bintik disebabkan alahan ubat antibiotik yang diberikan.

Lebih pilu bayi itu mengalami trauma setiap kali diperiksa jururawat.

"Ketika kena suntik tangan dia untuk drip tu rasa hancur sangat hati tengok dia menangis. Hasil keputusan ujian darah pula, memang dah mula ada infection dan setiap hari kena suntik antibiotik.

Dayana 1

Dayana bersyukur keadaan anaknya semakin stabil.

"Lepas itu, Astrid ada alahan pula dengan antibiotik tu naik merah macam kena gigit pepijat kat badan dia. Tapi dah okay lepas tukar ubat.

"Dalam sehari tak tahulah berapa kali Astrid menangis kat hospital, dia trauma nampak nurse masuk, menangis merengek saja sebab perut tak selesa kot lepas kena flush. Tidur pun tak cukup macam kat rumah," ujarnya.

Bagaimanapun, Dayana melahirkan rasa syukur apabila keadaannya semakin stabil dan proses pencernaannya berjalan lancar selepas rawatan.

Untuk rekod, Dayana melahirkan anak perempuannya pada julai tahun lalu dalam keadaan pramatang atau tidak cukup bulan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain