suria

Impian nyanyi lagu ketuhanan tercapai...Aina Abdul kongsi kisah ‘struggle’ hiburkan orang, tapi dalaman kosong

Aina tampil dengan single CahayaMu.

IMPIAN penyanyi Aina Abdul untuk menyanyikan lagu kerohanian pertama akhirnya tercapai apabila dia melancarkan single berjudul CahayaMu pada Jumaat.

Menurut Aina, 28, sudah lama dia menyimpan hasrat menghasilkan lagu berbentuk ketuhanan bagi meluahkan rasa cintanya kepada Allah SWT.

"Saya teringin nak ada single kerohanian sendiri dan Alhamdulillah akhirnya saya dapat hasilkan single ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul terkejut ‘Fool’ dimainkan radio Jepun, bangga lagu anak Melayu ke udara di bumi ‘sakura’

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul tak sanggup dengar komen ‘pedas’ juri, puji Iqbal berani bersaing walau tiada kebolehan

"Saya rasa terpanggil untuk buat lagu ni bagi menyampaikan mesej kerohanian kepada semua. Saya menulis lirik berdasarkan kehidupan saya sendiri dan apa yang saya rasakan sebagai seorang Nurul Aina Binti Abdul Ghani.

"Sebelum ini saya bekerja sampai lewat malam, solat pun terkejar-kejar masa, jadi sebab itulah saya tulis lagu ini. Kalau baca lirik pun boleh tahu betapa saya struggle menghiburkan orang tapi sebenarnya dalaman kosong dan kita perlu mencari sesuatu untuk rohani kita.

aina 2

Aina kongsi rasa syukur menerusi lagu ketuhanan pertama ciptaannya.

"Dalam lirik ada bait kata-kata dengar suara sahut menyahut yang saya maksudkan suara azan yang membuatkan kita semua diam dan berfikir untuk melihat semula apa tujuan hidup kita," katanya kepada mStar.

Lagu CahayaMu boleh didengari di semua platform digital dan video muzik (MV) pula boleh ditonton di YouTube Aina Abdul pada Jumaat.

Apa yang saya tak sangka, wajah saya terpampang di papan iklan. Tak pernah saya bayangkan!

AINA ABDUL

PENYANYI

Aina berkongsi mengenai single terbaharunya itu semasa majlis Grand Launching & CEOBOSS Entrepreneur Award 2022 anjuran Trulooks Global Group Sdn Bhd di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bercakap mengenai kerjasama bersama produk kecantikan Truskin di bawah jenama Trulooks tahun ini, Aina berkata dia teruja apabila wajahnya kini terpampang di papan iklan (billboard) di beberapa lokasi di Malaysia.

aina 3

Aina bangga wajah terpampang di billboard.

"Alhamdulillah, saya gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan Trulooks kerana saya memang pengguna Truskin. Bukan sahaja produk ini berkualiti, malah pihak Trulooks juga sering memudahkan tugas saya sebagai wajah jenama ini.

"Apa yang saya tak sangka, wajah saya terpampang di papan iklan. Tak pernah saya bayangkan, seorang gadis yang mempunyai masalah kulit muka di zaman remaja mendapat peluang untuk terpampang di billboard besar serata negara.

aina truskin

Aina Abdul (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Trulooks, Julia Lah (kiri) dan Pengarah Trulooks, Dr Adibah Abd Bari

"Masalah kulit wajah saya semakin dapat diatasi dengan penggunaan produk ini dan apa yang penting, saya mendapat keyakinan diri untuk beraksi sebagai seorang penghibur di atas pentas," katanya.

Dalam majlis berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Trulooks, Julia Lah turut memaklumkan mereka berjaya menjual pek produk terbaharu, Truskin Trio Happyness Edition sebanyak 50,000 set dalam masa lima minit selepas dilancarkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain