suria

Kongsi video dipujuk rayu... Isteri Shuk Sahar nak buka ‘buku baru’, minta doakan kehidupan baharunya dengan anak-anak

Sera tampil menjelaskan mengenai mesej seorang lelaki yang dikongsikan di TikTok.

PERKONGSIAN isteri Shuk Sahar iaitu Rossa Sera di TikTok yang mendedahkan mesej dan panggilan telefon seorang lelaki dipercayai pelawak itu menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen menasihatkan Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah agar tidak termakan pujuk rayu lelaki tersebut dan meneruskan kehidupan baharu.

"Lebih baik sis move on, bahagiakan diri sis dulu. InsyaAllah life akan lagi better.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuk Sahar muncul di mahkamah sebab mahu selesai secara baik

"Sis you akan jumpa yang lagi baik... percayalah.

"Tolonglah jangan terima balik, jangan seksa perasaan sendiri," tulis beberapa netizen.

Sera 1Sera bersama dua orang anaknya.

Bagaimanapun, Sera yang dihubungi mStar memberitahu perkongsian tersebut hanyalah video pesanan buat para isteri dan wanita di luar sana agar terus kuat berdepan dugaan.

Kata Sera yang kini Face Off Inayah Beauty, dia mahu menasihati wanita senasib dengannya agar meneruskan kehidupan baharu dengan anak-anak selepas berdepan dengan ujian.

“Sebenarnya itu sekadar video nasihat untuk para isteri dan wanita di luar sana sahaja. Ia lebih kepada nasihat yang kita perlu teruskan hidup walau apa yang berlaku.

“Kita perlu buka buku baru untuk mulakan kehidupan baru bersama anak-anak. Saya berharap semua orang dapat mendoakan saya dengan anak-anak,” kata Sera ketika dihubungi mStar.

Kalau nak ikutkan patah hati, sepatutnya dari dulu lagi saya dah boleh kurus.

ROSSA SERA

ISTERI SHUK

Menerusi penulisan dalam video tersebut, Sera seakan-akan menggambarkan kehidupan yang baru dibina itu diganggu oleh seseorang yang menyedari kehilangannya.

“Bila kau dah nak mula hidup baru, tiba-tiba orang baru nak hargai,” tulisnya.

Malah paparan skrin di platform Whatsapp itu memperlihatkan seorang lelaki mesej dan membuat panggilan tanpa henti hanya untuk mendapatkan perhatian.

Dalam pada itu, netizen turut tertarik dengan penampilan Sera yang kelihatan lebih langsing dan rata-rata mereka menganggap perubahan itu disebabkan makan hati angkara tindakan suaminya beberapa kali berlaku curang.

“Kalau nak ikutkan patah hati, sepatutnya dari dulu lagi saya dah boleh kurus. Yela... dah bertahun makan hati.

“Sekarang barulah saya ada kekuatan dan rezeki lebih untuk mencantikkan diri sendiri. Produk Inayah Beauty tu pun bukan sekadar promosi, tapi saya adalah testimoni yang sebenar.

"Saya dah amalkan dari bulan Disember tahun lalu lagi. Alhamdulillah Sera berjaya turunkan 11 kilogram. Yang pasti, bukan sebab patah hati," ujarnya.

Sera 2Sera kini ditawar jadi duta produk kecantikan.

Dalam pada itu, Sera yang kini aktif bekerja melahirkan rasa syukur apabila ditawarkan menjadi wajah produk kecantikan selain menerima tawaran untuk menjadi model.

Perubahan bentuk badan Sera yang ketara selepas menggunakan produk pelangsingan.

“Alhamdulillah rezeki saya, rezeki anak-anak. Selepas saya berjaya turunkan berat badan yang bermula sebagai pengguna biasa sahaja, saya ditawarkan untuk jadi face off produk Inayah Beauty.

“Saya berbesar hati untuk berkerjasama sebab memang saya dah amalkan lama sebelum ditawarkan dan banyak juga tawaran kerja sebagai model dan lain-lain," katanya.

Menerusi laporan mStar pada 18 Mac lalu, Sera mengakui dia ada pergi ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur Jalan Duta namun mahu merahsiakan tujuannya ke sana.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5 serta Nur Assyifatu Aimi, 2.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain