suria

Nyanyian ‘live’ Amy Search dikecam, Amir Ukays akui faktor usia jadi punca… Umur lanjut, terpaksa turun ‘key’

Ukays akan adakan konsert buat julung kali di Istana Budaya pada Jun depan.

FAKTOR umur yang sudah mencecah 64 tahun mungkin menjadi punca nyanyian Amy Search sudah tidak bertenaga seperti zaman kegemilangannya dahulu.

Bukan sahaja Amy, malah vokalis kumpulan Ukays, Amir, 53, mengakui turut menurunkan ‘key’ atau nada bagi beberapa lagu mengikut kemampuan vokalnya kini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dikecam tak boleh nyanyi ‘live’, asyik hulur mic kepada penonton... Amy Search tak melatah, percaya rezeki masih ada

"Kita tak boleh balik kepada cerita 25 tahun lalu. Ini kenyataan yang perlu kita hadapi.

Ukays

Ada beberapa lagu yang akan diturunkan nada ketika konsert U.K's 25 Tahun.

"Bagi saya, kita kena berikan penghormatan kepada Amy Search. Apa yang berlaku, mungkin disebabkan faktor usia dan sistem bunyi,” ujarnya kepada mStar.

Bagaimanapun, menurut Amir tidak salah untuk seseorang penyanyi menghulurkan mikrofon kepada penonton ketika persembahan.

Ia juga dilihat salah satu cara untuk penyanyi berinteraksi dengan penonton di situ.

"Kena terima keadaan usia macam itu. Nak hulur mikrofon kepada penonton tak ada masalah, tetapi jangan terlalu lama," ujarnya.

Saya tak ada amalkan apa-apa untuk penjagaan suara.

AMIR UKAYS

VOKALIS

Pada Selasa, tular satu video yang menunjukkan Amy membuat persembahan pentas menyanyikan lagu popular, Isabella.

Menerusi ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang mengkritik vokal Amy kerana dianggap sudah tidak mampu menyanyikan lagu bernada tinggi dengan baik.

Enggan melatah dengan sindiran seperti itu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, berkata dia percaya rezekinya dalam bidang nyanyian masih ada.

Amir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad Yusof ditemui ketika sidang media Konsert U.K's 25 Tahun di Premier Hotel Kuala Lumpur pada Khamis.

Konsert tersebut akan diadakan di Istana Budaya selama dua hari iaitu pada 17 dan 18 Jun depan.

Ukays 1

Ukays dalam persiapan untuk konsert pertama di Istana Budaya.

Tiket konsert itu juga sudah mula dijual dengan harga bermula RM999, RM777, RM555, RM333 dan RM111.

Berkongsi mengenai persiapan menjelang konsert, Amir memberitahu dia hanya memerlukan tidur dan rehat yang secukupnya untuk menjaga suara.

Tidak mempunyai pantang larang dalam pemakanan, namun Amir akan mengelakkan makan makanan yang pedas.

"Saya tak ada amalkan apa-apa untuk penjagaan suara. Bagi saya, seseorang penyanyi itu kena cukup tidur dan rehat saja.

"Kalau tidur pun tak cukup dan tak rehat yang mencukupi boleh menyebabkan sukar untuk menyanyi. Saya pun tidak la terlalu menjaga pemakanan.

"Tapi selalunya saya akan makan makanan yang tak terlalu pedas... saya akan elak itu saja. Tak ada pantang apa-apa," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain