GARA-GARA mengambil beberapa ubat akibat batuk berterusan, penyanyi dan pengacara Sissy Imann mengalami alahan yang teruk sehingga naik ruam gatal di lutut kakinya. Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil berkata, suaranya juga hilang disebabkan sakit tekak. ARTIKEL BERKAITAN: Sissy Imann jatuh kuda, mulut tak henti mengucap syahadah - “Nasib tak kena pijak!” "Alhamdulillah, keadaan saya okay saja. Cuma saya batuk dah seminggu. Bila waktu siang dah kurang batuk tapi malam memang masih teruk. Sissy alami batuk sejak seminggu lalu. "Disebabkan batuk, jadi sakit tekak dan suara pun hilang. Alahan ini baru kena lepas makan ubat. Harap alahan yang saya kena ini akan hilang," katanya kepada mStar. Terdahulu, penyanyi lagu Namaku Padamu itu memuat naik foto di Instastory memperlihatkan bahagian lutut kakinya yang dipenuhi ruam gatal. Menerusi kapsyen di foto tersebut, Sissy memberitahu dia sukar untuk tidur disebabkan batuk dan alahan yang dialaminya. Kali ini kena tapi rasa-rasanya masih boleh kawal lagi dengan makan ubat. SISSY IMAN PENYANYI Dalam pada itu, penyanyi berusia 26 tahun ini mendedahkan dia sememangnya mempunyai masalah alahan sejak di bangku sekolah. Menurut Sissy yang juga seorang pelakon, dia akan ke unit kecemasan untuk mendapatkan suntikan setiap kali diserang alahan. "Memang selalu kena sejak sekolah. Tapi kali ni tak tahu sebab apa. Dulu saya allergic MSG. Dulu masa musim jerebu pun jadi teruk. Sissy kerap diserang alahan. "Hari ini punca tak tahu apa. Kadang-kadang sekejap saja alahan. Lagi-lagi kalau pergi hospital ambil suntikan. "Setiap tahun saya memang akan kena. Lepas itu akan pergi unit kecemasan dan suntik ubat bila rasa macam gatal sampai ke tekak dan susah nafas. "Tapi tahun lalu, tak kena pula. Kali ini kena tapi rasa-rasanya masih boleh kawal lagi dengan makan ubat... Insya-Allah," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI