suria

Tak sanggup tengok Fasha Sandha asyik kena pukul mak mentua, penonton tukar siaran gara-gara lakonan ‘over’ Ziema Din

Penonton kecam lakonan Ziema Din sebagai Datin Mona.

GARA-GARA sering dipukul dan tampar ibu mentua, lakonan Fasha Sandha dalam drama Dendam Seorang Isteri mengundang simpati penonton.

Bagaimanapun, Fasha yang membawakan watak gadis kampung bernama Amira memberitahu dia tidak cedera atau berasa sakit berikutan aksi itu banyak menggunakan teknik kamera.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha tak sanggup amal diet keterlaluan, bimbang susu badan kering

"Sejujurnya, saya tak kisah pun dipukul sebab kebanyakan babak pukul itu menggunakan teknik kamera yang menampakkan seperti dipukul dengan kuat.

Fasha 2

Selain Fasha, drama DSI turut dibintangi oleh Aidit Noh (kiri), Wan Raja dan Nad Zainal.

"Tapi ada kalanya, terkena juga sikit-sikit pukulan itu. Tapi saya tak kisah pun sebab sudah biasa," kata Fasha kepada mStar.

Dalam pada itu, pelakon berusia 37 tahun ini berkata, dia dan pelakon Ziema Din yang membawakan watak ibu mentua itu saling memohon maaf selepas selesai menjayakan babak pukul.

"Lagipun, setiap kali habis saja babak pukul-memukul ini, kami akan minta maaf antara satu sama lain," ujarnya.

Tapi ada kalanya, terkena juga sikit-sikit pukulan itu.

FASHA SANDHA

PELAKON

Drama terbitan Radius One Sdn Bhd itu mula ditayangkan di Astro Ria pada Isnin lalu dan mendapat sambutan baik daripada penonton.

Selain itu, laman Twitter turut dipenuhi dengan reaksi penonton yang rata-ratanya memuji lakonan Fasha dan aktres Nad Zainal.

Babak Datin Mona (lakonan Ziema) menampar Amira (Fasha Sandha) di episod kedua.Fasha sudah biasa lakonkan watak dipukul.

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen mengkritik lakonan Ziema yang dikatakan masih kekok dan terlalu berlebih-lebihan ketika melakonkan watak antagonis itu.

"Ya Allah makin tak boleh dibendung eh Datin Mona punya lakonan ni. Siapa sebenarnya dia ni, pernah berlakon ke?

"Watak dia seorang je tak menjadi, nampak fake gila.

"Garang nampak dibuat-buat. Nampak kalut lebih dari garang.

"Overacting makcik ni, sorry bila part dia tukar siaran lain" antara komen netizen.

Fasha 1

Netizen kritik lakonan Ziema yang memegang watak sebagai Datin Mona.

Isteri kepada aktor Aidil Aziz ini meminta penonton memberi peluang kepada Ziema dalam membawakan karakter itu dengan baik.

Kata Fasha, Ziema seorang yang berbakat dan sudah melakukan tugasnya dengan baik.

"Saya memohon agar penonton dan netizen berhenti kecam lakonan Ziema Din. Sebab dia sangat berbakat dan lakonannya mewarnai drama DSI ini.

"Bagi peluang untuk mengenali watak Mona ini dahulu. Yang paling penting, kami semua telah memberikan yang terbaik.

"Naskhah daripada Radius tidak pernah menghampakan penonton. Ini kali ketiga saya membintangi karya terbitan Radius," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain