suria

Siar adegan tak bermoral, Finas boleh batal lesen penerbitan

Sebarang adegan tidak bermoral dalam filem atau drama boleh dikenakan tindakan.

PERBADANAN Kemajuan Nasional Malaysa (Finas) boleh membatalkan lesen sekiranya pemegang lesen disabitkan kesalahan berkaitan kejujuran, penipuan atau tidak bermoral.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim susulan kes pelakon Zul Ariffin memuat naik video aksi panas menerusi lakonannya dalam drama Perempuan Itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin mohon maaf kongsi video aksi ghairah, janji teliti bahan promosi sebelum ‘upload’

ARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima minta netizen jangan hipokrit! Perkara buruk cepat viral, yang baik susah nak ‘share’

"Finas ingin menekankan penguatkuasaan tapisan kandungan filem dan televisyen di negara ini bukan di bawah kuasa Finas.

"Namun selaku badan yang dipertanggungjawabkan dalam pengeluaran lesan penerbitan filem tempatan, Finas akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan Peraturan-Peraturan Perlesenan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (1983), Peraturan 6(2)” ujarnya dalam satu kenyataan.

prof nasir 22

Prof. Dr. Nasir seru penggiat seni lebih berhati-hati. FOTO: BERNAMA

Dalam masa sama, Finas turut menyeru penggiat industri kreatif lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya mereka.

Video yang dimuat naik oleh Zul pada Jumaat lalu terus mendapat perhatian banyak pihak termasuk badan bertanggungjawab.

Malah Zul dan penerbit drama tersebut iaitu Erma Fatima telah dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberi keterangan.

Zul dalam satu perkongsian di media sosial sebelum ini memberitahu dia telah memberi kerjasama penuh kepada pihak SKMM.

Sementara itu Erma yang hadir memberi keterangan pada Selasa turut membawa skrip asal sebagai bukti jalan cerita sebenar paparan drama tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain