suria

Nabil Ahmad amal sembahyang 17 rakaat sebelum Subuh, ganti solat fardu zaman jahil… Ambil masa fahamkan isteri usaha dakwah

Nabil sering ingatkan isteri tentang perjuangan Nabi menyebarkan dakwah.

PERNAH melalui zaman jahil, pelakon Nabil Ahmad berkata dia kini berusaha menebus kembali ibadah wajib yang pernah ditinggalkan dahulu.

Dalam usaha itu, Nabil, 39, berkata, dia kini mengamalkan solat 17 rakaat pada setiap pagi sebelum masuk waktu Subuh bagi menggantikan ibadah wajib itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nabil Ahmad anggap Allah sedang uji Zul Ariffin, minta netizen buang sifat iblis dalam diri... Jangan terus menghentam tapi doa

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nabil Ahmad mohon diberi kekuatan berdakwah kepada rakan artis - “Mereka semua baik tapi tiada kejayaan kalau tak ikut sunnah”

"Ketika awal sertai usaha sebarkan dakwah, saya memang seorang yang jahil, mengaji al-Quran pun tidak pandai.

nabil 44

Nabil bersama isteri dan anak-anak

"Sering mendengar azan namun tidak ke masjid, tapi sekarang ini Allah berikan saya rasa kemanisan dalam Islam.

"Saya cuba untuk solat 17 rakaat sebelum Subuh bagi menggantikan semula waktu solat yang tertinggal.

"Bagaimanapun seorang sahabat nasihatkan agar tidak terlalu memaksa diri. Apa yang penting adalah istiqamah," katanya kepada mStar.

Solat 17 rakaat yang dimaksudkan Nabil itu ialah solat fardu lima waktu iaitu Subuh (2 rakaat), Zohor, Asar dan Isyak masing-masing empat rakaat dan Maghrib (3 rakaat).

TONTON VIDEO PILIHAN!

Dalam usaha berkongsi kebaikan, Nabil memberitahu cabaran yang paling sukar adalah membuatkan isterinya, Nazirah Ayob faham setiap kali meninggalkan rumah dengan tempoh masa yang lama.

"Antara ujian yang saya hadapi sepanjang usaha dakwah ini adalah untuk buat isteri sendiri faham.

"Maklumlah kalau dahulu saya sering menghabiskan masa bersama keluarga di rumah jika waktu cuti, tetapi sekarang ini lebih banyak keluar dan tinggalkan keluarga untuk tempoh lama.

Antara ujian yang saya hadapi sepanjang usaha dakwah ini adalah untuk buat isteri sendiri faham

NABIL AHMAD

PELAWAK/PENGACARA

"Saya ingatkan isteri bahawa ini adalah pengorbanan untuk bantu kita semua di akhirat nanti. Semoga Allah memberi ganjaran dengan pengorbanan yang sedikit ini," jelasnya.

Nabil mendirikan rumah tangga dengan Nazirah Ayub pada September 2011 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 10, Leyla Medina, 7, dan Mishall Imani, 3.

nabil 11

Nabil baru sahaja melancarkan restoran pertama miliknya bersama Saharul Ridzwan

Dalam masa sama, Nabil juga memanfaatkan sebaik mungkin pentas pengacaraan sebagai medium untuk dia berkongsi kebaikan kepada penonton.

Justeru tiada istilah untuk dia berhenti daripada terus mengendalikan program berbentuk hiburan seperti mana yang dilakukannya sekarang ini.

"Tidak semestinya dengan perubahan sekarang ini saya perlu tinggalkan pekerjaan yang saya dah lama buat.

"Saya boleh selitkan zikir-zikir mudah ketika mengendalikan program. Itu antara salah satu cara untuk sampaikan dakwah.

"Selain itu saya anggap diri saya sebagai wakil golongan orang berdakwah yang tidak berpeluang untuk keluar TV," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain