suria

[VIDEO] Anak Lan Solo alami sesak nafas, doktor sahkan ada habuk pada saluran darah… Terima bantuan pernafasan

Akid dibawa ke pusat perubatan selepas mengalami sesak nafas.

ANAK lelaki kepada penyanyi Lan Solo terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatran di Kuala Lumpur selepas mengalami sesak nafas pada malam Sabtu.

Kata Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusuf, 37, anaknya Muhammad Akid Qassyaff, 7, mengadu sukar bernafas ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri satu program di ibu kota.

ARTIKEL BERKAITAN: Lan Solo terpaksa batalkan kemunculan di GV8 selepas dahi anak terkoyak

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak marah Lan Solo pegang tangan Ratu Cantik KK, ikut sama tengok rakaman MV

“Ketika dalam kereta, Akid mengadu susah hendak bernafas. Dia sendiri susah nak jelaskan bagaimana keadaannya. Maklumlah budak kecil lagi.

“Jadi saya terus bawa dia ke bahagian kecemasan dan dia terpaksa ditahan di wad untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi mStar.

WhatsApp Image 2022-03-27 at 11.20.48

Lan bersama isteri dan anak-anak

Menurut Lan, pemeriksaan doktor mendapati terdapat habuk kotor pada saluran darah yang mengakibatkan dia sukar bernafas.

Tambahnya, anaknya itu sebelum ini sudah disahkan mengalami asma.

Akid kini dalam keadaan stabil namun masih menerima bantuan pernafasan.

Ia terjadi mungkin disebabkan dia terlalu sensitif dan gemar bermain di luar

LAN SOLO

PENYANYI

“Doktor memberitahu ada habuk pada saluran darah anak saya.

“Ia terjadi mungkin disebabkan dia terlalu sensitif dan gemar bermain di luar.

“Akid memang ada masalah asma sejak usia empat tahun cuma sudah lama dia tidak mengalami situasi teruk begini,” jelasnya.

Disebabkan tahu keadaan kesihatan anaknya itu, Lan juga sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dan akan terus membawa anak menerima rawatan jika berlaku sedemikian.

“Sejak kami tahu Akid ada asma, memang sentiasa bersedia jika melihat dia mengalami kesukaran bernafas.

“Lebih senang untuk terus bawa menerima rawatan kerana pusat perubatan tersebut sudah mempunyai rekod kesihatan anak saya dan mereka tahu ubat terbaik untuk Akid,” ujarnya.

Untuk rekod, Lan mendirikan rumah tangga dengan Nur Sheila Hassim pada Disember 2009.

Selain Akid mereka juga mempunya tiga orang cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 10, Nur Amna Qeesyara, 8, dan Nur Amna Quzandra, 4.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain