suria

Nadya Syahera selamat lahirkan anak ketiga, doktor syak ada jangkitan kuman dalam darah

Nadya selamat melahirkan anak ketiga pada Jumaat.

SELEPAS dua hari dilahirkan, bayi ketiga pelakon Nadya Syahera kini masih ditahan di Hospital Shah Alam kerana dikhuratiri tedapat jangkitan kuman dalam darah.

Kata Nadya, 29, atau mesra dipanggil Kak Bed, doktor mahu melakukan pemantauan rapi sebelum membenarkan bayinya dibawa pulang.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang ada pihak kurang senang, Nadya Syahera umum hamil anak ketiga selepas masuk trimester kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Sarat hamil 8 bulan, Nadya Syahera positif Covid-19... Bimbang virus ganggu paru-paru

“Bayi masih ditahan di wad untuk pemantau pihak hospital dan menunggu keputusan darah.

“Sebelum bersalin saya mengalami demam dan disebabkan itu ia memberi kesan kepada bayi juga.

“Jadi pihak hospital perlu pantau jika ada kuman dalam darah bayi,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

kak bed 1

Nadya masih alami rasa sakit selepas dua hari bersalin

Bayi lelaki seberat 3.3 kilogram itu dilahirkan secara normal pada Jumaat dan diberi nama Muhammad Barr Adam.

Berkongsi pengalaman melahirkan anak kali ini, kata Kak Bed berkata ia tidak sama seperti dua anak terdahulu.

Malah dia masih mengalami rasa sakit selepas bersalin.

Pengalaman bersalin kali ini juga tak mudah seperti dua anak sebelum ini

NADYA SYAHERA

PELAKON

“Ingatkan selepas bersalin hilang rasa sakit, tetapi sehingga hari ini masih terasa lagi seperti hendak bersalin.

“Kata orang mungkin ia biasa terjadi kepada ibu selepas anak kedua atau ketiga disebabkan darah tidak habis keluar ketika proses bersalin.

“Harap semuanya akan kembali okey selepas saya menjalani tempoh berpantang nanti,” jelasnya.

Menurut Kak Bed, dia sempat menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur pada Khamis sebelum mula rasa sakit hendak bersalin.

WhatsApp Image 2022-03-27 at 13.02.25

Nadya bersama suami dan dua anaknya

Dia dibawa ke hospital pada pukul 4.30 pagi hari Jumaat.

“Saya cuba bertahan apabila mula rasa sakit, tetapi apabila semakin rasa sakit dan badan mula menggigil, suami terus bawa saya ke hospital.

“Pengalaman bersalin kali ini juga tak mudah seperti dua anak sebelum ini.

“Anak yang kedua pun sudah berusia lima tahun, jadi saya rasa sedikit gementar dan bingung hendak lalui proses bersalin kali ini,” ujarnya.

Kak Bed mendirikan rumah tangga dengan Fizul Nawi pada 25 September 2015 dan pasangan ini juga mempunyai dua orang cahaya mata lain iaitu Aleena Rose, 7, dan Mohamad Dayyan, 5.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain