TIADA lagi rahsia, pelakon Aedy Ashraf akhirnya memberanikan diri melamar Amelia Henderson untuk dijadikan kekasih. Menerusi rakaman yang dikongsi peminat di media sosial, Aedy melutut dan bertanyakan adakah Amelia sudah menjadi kekasihnya. ARTIKEL BERKAITAN: Selesa hidup sendiri, Amelia Henderson tiada masa cari pengganti ARTIKEL BERKAITAN: Baru sebulan patah hati, Daiyan Trisha belum sedia bercinta lagi - “Aedy Ashraf hanya kawan rapat” “Adakah awak sudi menjadi kekasih saya?” tanya Aedy. Amelia pula secara spontan menerima lamaran tersebut dan Aedy kelihatan gembira dengan jawapan yang diberikan. “Ya!” jawab Amelia ringkas. Aedy berbuat demikian ketika di acara Absolut Food Festival 2022 yang sedang berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Aedy dan Amelia pernah digandingkan dalam drama sebelum ini Aedy turut memberitahu sudah menunggu dua tahun untuk mengajak Amelia menjadi kekasihnya. “Sudah dua tahun saya menunggu waktu ini,” ujar Aedy lagi. Rata-rata netizen juga tumpah gembira melihat reaksi tersebut dan berharap ini bukanlah satu gimik yang disengajakan oleh mereka berdua. Sudah dua tahun saya menunggu waktu ini AEDY ASHRAF PELAKON Untuk rekod Amelia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Tunku Harunnarasheed Putra pada tahun 2015 namun bercerai selepas tiga tahun kemudian. Dalam satu temubual bersama mStar sebelum ini, Amelia mengakui berkawan rapat dengan Aedy. Kedua-dua mereka pernah digandingkan dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan November tahun lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI