suria

Nadia Brian harap tiada diskriminasi terhadap golongan janda

Nadia akui ada berkawan namun dalam proses mengenali hati budi.

SETAHUN bergelar janda, pelakon Nadia Brian belum menemui pengganti yang sesuai kerana terlalu sibuk dengan kerjaya seni.

Tidak pernah serik dengan perkahwinan, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 30, mengakui dia tidak menutup hati untuk berkawan dengan mana-mana lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap ditegur berpakaian seksi, Nadia Brian harap doa peminat buka hati untuk berubah tutup aurat

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Brian, Muizz sah cerai talak satu - “Lafaz luar mahkamah seperti diminta bekas suami”

"Saya masih single dan masa ini diluangkan lebih kepada keluarga dan kerjaya. Tipulah jika saya katakan tiada kerana saya ada juga berkawan untuk mengenali hati budi.

Nadia 1

Nadia mahu fokus kerjaya.

"Mungkin kalau nak berkahwin, dua atau tiga tahun lagi, tapi tidak tahu sekiranya jodoh datang lebih awal. Saya tidak trauma untuk berkahwin lagi, cuma itu bukan keutamaan buat masa ini," katanya.

Nadia ditemui di majlis sidang media drama premium Kuasa kerjasama Astro Shaw dan Skop Productions di Dadi Cinema, Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam rumah tangga individu itu.

NADIA BRIAN

PELAKON

Kuasa berkisar mengenai kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing dalam menguasai empayar.

Selain Nadia, drama premium tersebut turut membariskan pelakon hebat seperti Ning Baizura, Rizuan Hashim, Nazim Othman, Dazrin Kamaruddin, Alicia Amin, Nia Atasha dan Izzy Reef.

Dalam pada itu, pelakon filem Ratu Kala Jengking ini berharap tiada lagi diskriminasi terhadap golongan wanita yang memegang status sebagai janda.

"Siapa yang berkahwin hendak memegang status janda? Jujur saya akui masih ada rasa malu untuk memegang status itu. Suka atau bangga itu tidak, saya berada dalam fasa reda.

Nadia 2

Nadia harap tiada lagi diskriminasi terhadap golongan janda.

"Memandangkan kita juga sudah masuk tahun 2022, saya berharap tiada lagi diskriminasi terhadap janda. Kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam rumah tangga individu itu.

"Malah kita juga tidak tahu masa depan kita sendiri," ujarnya.

Tegasnya lagi, pengalaman lalu banyak mematangkan dirinya dalam tindak tanduk dan berharap memperbaiki diri ke arah lebih baik untuk masa hadapan.

Untuk rekod, Nadia mendirikan rumah tangga dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 bercerai talak satu 3 April tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain