VIDEO memperlihatkan peserta Big Stage 2022 Yazmin Aziz dan Danial Chuer berpelukan setiap kali bertemu yang dimuat naik di TikTok mengundang rasa kurang senang netizen. Sedar perkongsian itu dikecam, Yazmin memilih untuk mengabaikan saja komen negatif. ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz pernah dibuli gara-gara tak pandai bahasa Melayu, jadikan Mark Adam inspirasi ARTIKEL BERKAITAN: Elica Paujin juara Big Stage 2022, padam impian Daniel Chuer dan Aisha Retno... Bawa pulang RM100,000 Bagaimanapun, penyanyi berusia 20 tahun ini berkata, dia lebih teruja apabila menerima banyak mesej positif daripada netizen yang suka melihat persahabatan mereka berdua. Antara komen-komen netizen. "Saya sedar ada segelintir netizen kurang senang dengan video tersebut. Tapi saya biar saja mereka nak komen apa saja. Sudah tentu masing-masing ada pendapat. "Bagi saya... saya tengok pada positif komen saja. Ada lagi banyak positif komen yang suka melihat persahabatan saya dengan Danial. Itu yang buat saya gembira. "Ramai yang mesej kata nak ada kawan seperti kami. Saya pun dah belajar untuk abaikan komen yang terlalu negatif," katanya kepada mStar. Sebelum ini, Yazmin memuat naik video di TikTok memaparkan aksi dia berlari dan memeluk dengan Danial setiap kali mereka bertemu. Bagi saya, dia orang penting dalam hidup saya tapi kami tak ada hubungan istimewa. YAZMIN AZIZ PENYANYI Hubungan rapat penyanyi berketurunan Melayu dan Filipina itu dengan Danial mula terjalin semenjak mereka menyertai program Big Stage 2022. "Ustaz, ustaz tengok diaorang ni" "Jem bila tengok ramai menyokong benda tak patut, dah macam orang barat" "Tak elok berpelukkan, walaupun kawan baik, sekadar teguran" ujar beberapa netizen. Dalam pada itu, Yazmin memberitahu ramai peminat menyangka dia dan Danial kini bercinta gara-gara hubungan rapat itu. "Ramai ingat kami bercinta sebab nampak rapat. Sejujurnya, Danial ini seperti abang kepada saya. Saya tak pernah ada kawan lelaki yang rapat seperti ini. Yazmin terbuka menerima kritikan. "Dia layan saya pun seperti adik-beradik. Bagi saya, dia orang penting dalam hidup saya tapi kami tak ada hubungan istimewa. Saya suka tengok komen peminat yang nak kami bersama. "Saya dan Danial pun biarkan saja komen-komen yang menganggap kami ini bercinta," ujarnya. Big Stage 2022 menyaksikan penyanyi Elica Paujin menjadi juara, Danial Chuer di tempat kedua, Aisha Retno memenangi tempat ketiga manakala Yazmin keempat dan kelima milik Tegar. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI @yazminaziz One of the things I will miss the most