suria

Setiap kali rindu arwah bapa, Ayu Damit akan masuk studio nyanyi lagu-lagu sedih

Ayu luahkan cara sedih di studio rakaman.

PENYANYI Ayu Damit mempunyai cara tersendiri untuk melepaskan kerinduan terhadap arwah bapanya, Damit Osiri yang meninggal dunia akibat kanser otak pada Julai lalu.

Menurut Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit, 33, dia selalunya akan ke studio dan menyanyikan lagu-lagu sedih bagi menghilangkan rasa rindu yang ditanggung itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Damit diuji, terlepas peluang ziarah makam Rasulullah... Cuba tempah slot, tapi tetap tak berjaya

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan setakat ketat, rupa-rupanya Ayu Damit pakai seluar koyak! Terpaksa sorok takut orang nampak

"Suami akan faham kalau secara tiba-tiba saya masuk studio dan menyanyikan lagu-lagu sedih.

"Itulah salah satu cara untuk saya lepaskan rasa rindu kepada arwah bapa.

"Saya tak mahu tunjukkan kesedihan depan anak-anak kerana tidak mahu mereka risau dengan keadaan saya," katanya kepada mStar.

ayu damit 22

Tahun pertama Ayu sambut puasa dan raya tanpa bapa

Ayu ditemui ketika majlis Iftar Hotel Tenera Bersama Media yang bertemakan Balik Kampung di Bangi pada Selasa.

Tahun pertama berpuasa dan menyambut raya tanpa bapa, pastinya amat berbeza buat Ayu.

Menurut Ayu, tiada lagi baju Melayu baharu yang perlu disediakan setiap kali tibanya Syawal.

Tahun lepas saya hanya sempat berjumpa arwah beberapa bulan sebelum menyambut raya

AYU DAMIT

PENYANYI

"Arwah tidak banyak kerenah dan apabila menyambut raya dia hanya minta untuk belikan baju Melayu sahaja.

"Tahun lepas saya sempat belikan baju baharu namun hanya dihantar melalui perkhidmatan pos kerana tidak dapat pulang beraya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),"ujarnya.

Disebabkan PKP yang dilaksanakan tahun lalu, Ayu berkata, dia berasa ralat kerana tidak dapat pulang ke Sabah menyambut hari raya bersama bapanya buat kali terakhir.

"Tahun lepas saya hanya sempat berjumpa arwah beberapa bulan sebelum menyambut raya.

"Kata ibu, arwah banyak kali bertanya adakah kami akan pulang untuk sambut raya. Namun memang kami tak boleh balik sebab PKP.

"Rasa ralat juga tidak dapat menyambut hari raya bersama buat kali terakhir," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain