suria

Tak boros belanja raya, Fareez Fauzi buat simpanan utamakan masa depan anak

Fareez menyabut Hari Raya di kampung isteri di Negeri Sembilan.

MENYAMBUT lebaran tahun ini sebagai seorang bapa, penyanyi Fareez Fauzi berkata, dia perlu merancang kewangannya agar tidak boros berbelanja.

Menurut Fareez atau nama sebenarnya Muhammad Fareez Hazwan Fauzi, 25, dia lebih memikirkan soal masa depan anak kecilnya dan mula membuat simpanan supaya tidak terbeban apabila dewasa nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Fareez Fauzi seronok jadi pelakon, elak terikut-ikut karakter ayah

ARTIKEL BERKAITAN: “Dunia luar banyak negatif, duduk rumah takut terpalit kontroversi” - Fareez Fauzi

“Memanglah bersemangat untuk membuat persiapan raya kerana ini tahun pertama saya bergelar bapa.

“Bagaimanapun tidaklah terlalu berlebihan dan cukuplah mengikut keperluan supaya dapat nikmati kemeriahan hari raya.

“Saya lebih utamakan masa depan anak dan sudah mula menyimpan untuk kegunaan dia apabila dewasa nanti,” katanya kepada mStar.

Sebelum berkahwin saya fikirkan senang menjadi seorang bapa, tetapi apabila ada anak sendiri barulah sedar ia memerlukan kesabaran yang tinggi

FAREEZ FAUZI

PELAKON/PENYANYI

Anak kepada pelakon Fauzi Nawawi ini mendirikan rumah tangga dengan Nurwathiqah Abdul Wahab pada Disember 2020 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Farrel Wassem yang kini berusia lima bulan.

Bergelar bapa pada usia muda telah mengubah hidup Fareez menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan tahu menguruskan keluarga.

“Sebelum berkahwin saya fikirkan senang menjadi seorang bapa, tetapi apabila ada anak sendiri barulah sedar ia memerlukan kesabaran yang tinggi.

“Saya menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan apa sahaja tindakan perlu memikirkan tentang keluarga. Tidak lagi seperti zaman bujang yang selalu keluar melepak bersama rakan-rakan,” ujarnya.

fareez raya 2

Fareez menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab selepas dikurniakan anak.

Fareez juga amat bersyukur kerana isteri sangat memahami tugasnya sebagai seorang anak seni.

Dalam masa sama, dia juga akan pastinya sentiasa bersikap telus agar keharmonian rumah tangga dapat dijaga.

“Awalnya isteri memang tidak biasa dengan dunia seni, tetapi dia terpaksa memahami kerana inilah mata pencarian saya untuk mencari rezeki dan menampung kehidupan keluarga.

“Saya juga akan sentiasa bersikap jujur, pulang segera selepas selesai kerja dan tidak melakukan perkara yang bukan-bukan,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain