suria

[VIDEO] Bahagia kejar akhirat, Mia Ahmad seronok masuk kelas mengaji dengan suami... Mula dengan Iqra, syukur sudah pandai baca al-Quran

Mia teruja dapat masuk kelas mengaji al-Quran bersama suami dengan seorang ustaz.

PERKONGSIAN video pelakon Mia Ahmad bersama suaminya yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim, Mohd Izham Tarmizi memasuki kelas membaca al-Quran menarik perhatian netizen di laman sosial.

Mula memasuki kelas mengaji sejak dua tahun lalu, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi bersyukur dan gembira apabila dia dan suami kini sudah mampu membaca al-Quran.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Mia Ahmad tunjuk perkembangan positif, masalah ‘speech delay’ makin pulih - “Banyakkan sedekah dengan niat untuk tolak mudarat”

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat biar tengok YouTube tanpa limit, anak sulung Mia Ahmad hadapi masalah 'speech delay' - “Saya menyesal, baru tahu dah buat silap”

Bagaimanapun, pelakon berusia 34 tahun menegaskan perkongsian tersebut bukanlah untuk menunjuk-nunjuk ibadah yang mereka lakukan.

"Dua tahun yang lalu, selepas saya dan suami sama-sama mempelajari kelas al-Quran. Post ini bukan untuk menunjuk-nunjuk kebaikan ya tapi hanya kongsi perjalanan kami bersama sempena bulan al- Quran ini.

"Dan juga sebagai menghargai @kopiah_afik_ni dalam kesabaran dia mengajar kami. Terima Kasih ustaz. Saya juga hanya nak kongsi tak pernah saya bayangkan kami akan ada momen berdua belajar al-Quran bersama.

"Walaupun dah boleh baca, kami mula dari iqra tau sebab tahu masih merangkak-rangkak nak membaca. Saya ni mudah terhibur jadi selalu la rasa nak tergelak bila turn suami baca," kongsi Mia.

Yang pasti ni la memori paling terindah dalam perkahwinan kami

MIA AHMAD

PELAKON

Pelakon drama Jejak Karmila ini turut berkongsi video di Instagram miliknya pada Rabu yang memperlihatkan suaminya sedang belajar membaca al-Quran dengan ustaz secara maya.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti memuji pasangan itu yang sama-sama memasuki kelas membaca al-Quran di bulan Ramadan.

Dalam pada itu, Mia menganggap pembelajarannya membaca al-Quran bersama suami merupakan kenangan yang paling indah dalam perkahwinan mereka.

Malah, Mia berharap perkongsiannya itu juga dapat memberikan inspirasi kepada keluarga di luar sana untuk bersama-sama menjadi orang yang lebih baik selepas Ramadan.

Mia 1

Mia bersama suami dan dua orang anak mereka.

"Yang pasti ni la memori paling terindah dalam perkahwinan kami. Ya saya tahu hangpa tak mahu tahu pun. Hanya kongsi, harap dapat beri inspirasi kepada keluarga di luar sana untuk sama-sama kita menuju Jannatul Firdausi.

"Saya doakan kita semua dapat menjadi orang yang baru dan orang yang lebih baik selepas bulan Ramadhan ni Insya-Allah," ujarnya.

Untuk rekod, Mia mendirikan rumahtangga dengan Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sayf Issa, 4 dan Iris yang kini berusia dua tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain