suria

Berdepan masalah peribadi, Sufian Suhaimi lalui fasa mental breakdown... Akui kerap mimpi pelik-pelik

Sufian harap temui jalan penyelesaian terbaik terhadap masalah yang dihadapi.

MELALUI waktu sukar sehingga selalu mengalami mimpi pelik, penyanyi Sufian Suhaimi mengakui sedang berdepan masalah peribadi.

Enggan berkongsi lanjut, Sufian, 30, bagaimanapun berharap agar semua masalah yang dihadapinya kini dapat diselesaikan dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Sufian Suhaimi selesai fasa ‘pulih’ luka cinta lama, tengah ‘warmup’ siap sedia kahwin bila-bila masa

ARTIKEL BERKAITAN: Sufian Suhaimi akui cabaran lancar ‘Cinta Tak Bertepi’ ketika pandemik - “Saya tak kisah tentang view YouTube, asalkan didengari ramai”

"Banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya dan ada masanya rasa seperti mental breakdown.

"Tidak apa yang serius, Cuma masalah kecil yang perlu saya hadapi sendiri. Saya harapkan yang terbaik sahaja untuk diri sendiri," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Sebelum itu, penyanyi lagu Di Matamu ini berkongsi di Instastory tentang perasaannya yang sunyi dan ingin berehat sebentar.

"Rehat sekejap, reheat dari dunia. Lately rasa berat je hati. Selalu mimpi pelik. Rasa sibuk tapi sunyi.

"Terlalu banyak perkara yang berlaku, terlalu banyak jangkaan yang perlu dipenuhi. Tapi rasa macam tak ada yang genuinely nak dengar. End up cerita dekat Dia je" tulisnya.

Sementara itu, bercerita tentang kolaborasi bersama kumpulan Inteam menyanyikan semula lagu Damba Kasih, kata Sufian ini adalah peluang terbaik untuk anak-anak muda mengenali lagu nasyid yang pernah popular sebelum ini.

sufian suhaimi 2

Sufian berkolaborasi dengan Inteam nyanyi semula lagu Damba Kasih

Kata Sufian, dia tidak menyangka gurauan ketika bertemu Inteam di salah sebuah program televisyen membuahkan kerjasama yang baik.

"Saya berjumpa Inteam di belakang pentas dalam sebuah program dan ketika itu hanya bergurau untuk sama-sama berkolaborasi. Tak sangka pula ia menjadi kenyataan.

"Menerusi nyanyian semula ini, ia dapat memberi pendedahan kepada golongan muda tentang lagu-lagu nasyid popular yang mungkin mereka tidak tahu sebelum ini,"jelasnya.

Tidak apa yang serius, Cuma masalah kecil yang perlu saya hadapi sendiri. Saya harapkan yang terbaik sahaja untuk diri sendiri

SUFIAN SUHAIMI

PENYANYI

Bercakap tentang sambutan Ramadan tahun ini, Sufian berharap dia dapat menyempurkan tadarus sekaligus khatam al-Quran.

"Tahun lepas ada niat nak khatam al-Quran tetapi tidak kesampaian. Saya harap kali ini akan berjaya.

"Bulan puasa ini juga saya masih sibuk dengan jadual kerja dan akan bercuti seminggu sebelum sambutan hari raya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain