suria

Tahun pertama berpuasa sebagai isteri, Zizi Kirana bimbang kena sedia 10 hidangan untuk suami

Tahun pertama bergelar isteri, Zizi akui terasa berbeza.

TAHUN pertama berpuasa sebagai seorang isteri, penyanyi Zizi Kirana akui bimbang tidak dapat menyediakan juadah yang terbaik buat suami waktu bersahur dan berbuka.

Bagaimanapun Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 37, berasa lega apabila suaminya Yusuf Bahrin bukanlah seorang lelaki yang cerewet.

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul dengan lagu rap versi muslimah... Zizi Kirana jaga batas, gerak tari tak selincah dulu

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Zizi Kirana merasa pakai baju pengantin, gementar jalan depan tetamu... Kalau buat persembahan ‘feel’ lain

“Beberapa minggu sebelum puasa saya sudah mula risau. Adakah perlu sediakan 10 juadah berbuka dan bersahur untuk suami?

“Seminggu sebelum puasa, suami beritahu dia seorang yang simple dan hanya ambil makanan ringan seperti roti ketika bersahur.

“Lega juga rasanya kerana tidak perlu terlalu fikir bab makanan. Tetapi saya akan pastikan sentiasa menjaga makanan suami kerana itu tugas isteri,” katanya kepada mStar.

zizi kirana 1

Yusuf tidak cerewet memilih makanan

Bercakap tentang pilihan lokasi dan juadah berbuka, kata Zizi, dia lebih senang memasak di rumah dan hanya membeli sedikit juadah tambahan untuk berbuka.

Disebabkan dua tahun terbiasa berbuka di rumah sebelum ini akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zizi akui masih ada rasa ragu-ragu untuk ke tempat yang ramai orang.

Rasanya saya masih ada perasaan paranoid untuk berada di kawasan yang terlalu ramai orang

ZIZI KIRANA

PENYANYI

“Rasanya saya masih ada perasaan paranoid untuk berada di kawasan yang terlalu ramai orang. Mungkin sudah biasa tidak bersesak seperti sebelum ini.

“Jadi saya lebih selesa di rumah. Keluar hanya jika perlu sahaja,” ujarnya.

Ramadan tahun ini juga dimanfaatkan sebaik mungkin untuk tingkatkan amal ibadah selain mahu memberi fokus kepada pengurusan keluarga.

zizi kirana 3

Zizi tidak ambil banyak tawaran kerja sepanjang Ramadan.

Disebabkan itu Zizi sudah memaklumkan kepada pihak pengurusan kerjayanya agar tidak menerima terlalu banyak tawaran kerja sepanjang Ramadan.

“Sebelum Ramadan saya sudah beritahu pengurus supaya tidak mengambil terlalu banyak kerja. Inilah masanya untuk saya fokus kepada keluarga dan melakukan ibadah.

“Kita tidak tahu adakah akan bertemu dalam Ramadan akan datang, jadi manfaat peluang ini untuk melakukan lebih banyak kebaikan,” jelasnya.

Untuk rekod Zizi dan Yusuf bernikah pada 19 September tahun lalu di Kuala Lumpur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain