suria

Paras oksigen anak menurun, Amyra Rosli dipanggil segera ke hospital

Ayra dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu selepas mengalami demam panas.

KEADAAN kesihatan anak pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin iaitu Ayra Aryssa, 2, semakin merosot selepas disahkan dijangkiti virus Kawasaki.

Amyra yang sedang menjalani penggambaran drama terpaksa bergegas ke hospital selepas dimaklumkan tahap oksigen dalam badan anaknya tiba-tiba menurun.

ARTIKEL BERKAITAN: Amar Baharin bimbang kaki Amyra Rosli bengkak teruk hingga susah berjalan... Kini direhatkan dari penggambaran drama

ARTIKEL BERKAITAN: Amar Baharin diduga lagi, selepas Amyra Rosli sembuh daripada penyakit misteri, anak pula masuk hospital akibat demam panas

“Berderau darah Mommy dapat call oksigen adik drop. Tunggu mummy sampai sayang” tulisnya di Instagram pada Ahad.

Pada Rabu lalu, mStar melaporkan Ayra yang merupakan anak kedua pasangan itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami demam panas.

anak amyraAyra disahkan dijangkiti penyakit Kawasaki.

Kanak-kanak itu kemudian disahkan dijangkiti virus Kawasaki iaitu keradangan saluran darah terutamanya membabitkan kanak-kanak bawah lima tahun.

Terdahulu, Amyra turut berkongsi video memperlihatkan keadaan wajah anaknya yang membengkak akibat kesan ubat steroid.

“Muka jadi besar kesan steriod, lama adik demam dik.

“Mommy risau ni makin banyak ubat masuk dalam badan adik. Hari-hari kena ujian darah” ujarnya.

Untuk rekod, Amyra berkahwin dengan Amar Baharin pada November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4 dan Ayra Aryssa yang kini berusia dua tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain