suria

[VIDEO] Chacha Maembong berhati-hati pilih kawan, elak yang boleh tikam belakang

BUKAN mudah melalui zaman populariti, pelakon Chacha Maembong mendedahkan dia berdepan tekanan yang teruk disebabkan gosip yang tidak benar terhadap dirinya.

Menurut Chacha atau nama sebenar Siti Aishah Ismail, 26, ketika itu dia tidak dapat mengawal emosi sehingga terfikir mahu mencederakan diri sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Chacha Maembong tak ambil hati sering dibandingkan dengan Emma Maembong

ARTIKEL BERKAITAN: Chacha Maembong Malu Dicemuh Tidak Bersekolah

“Saya mengalami tekanan apabila ada gosip tentang diri saya sedangkan saya tidak buat perkara seperti yang diperkatakan itu.

“Ketika itu baru hendak kenal dunia dan disebabkan cerita sebegitu saya pernah terfikir hendak cederakan diri sendiri.

“Syukur saya cepat sedar dan tahu masih ada orang sekeliling yang sayang,” katanya kepada mStar.

Gosip tentang dirinya pernah membuatkan Chacha mengalami tekanan.Chacha lebih berhati-hati memilih teman rapat

Bagaimanapun, Chacha berkata, apa yang berlaku itu membuatkan dirinya lebih matang berdepan fitnah dan gosip liar.

Bagi adik kepada Emma Maembong ini, ia adalah lumrah sebagai seorang artis apabila segala tindakan akan menjadi perhatian dan tidak mudah untuk memuaskan hati semua pihak.

“Perkara tersebut menjadi pengajaran dan buatkan saya lebih matang dalam berfikir serta melakukan sebarang tindakan.

“Bukan mudah hendak puaskan hati semua walau saya cuba untuk mengikut apa kehendak orang lain ketika itu.

“Jadi lebih baik saya biarkan sahaja dan menjalani hidup seperti biasa,” jelasnya.

Syukur saya cepat sedar dan tahu masih ada orang sekeliling yang sayang

CHACHA MAEMBONG

PELAKON

Dalam masa sama, Chacha juga mengakui dia juga berhati-hati dalam memilih kawan rapat terutamanya dalam kalangan yang boleh dipercayai.

“Saya seorang yang peramah dan mudah berkawan dengan sesiapa pun walau baru kenal.

“Namun sekarang ini lebih berhati-hati untuk rapat dengan orang kerana kadang-kala orang yang rapat pun boleh tikam belakang,” ujarnya.

Chacha ditemui ketika majlis sidang media Ad Hoc Raya 2022 di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Festival jualan hari raya ini bakal berlangsung pada 29 April hingga 1 Mei ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WCTKL).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain