suria

Tak sia-sia buat ‘cover’ lagu, Aliff Kimiey akhirnya dapat juga jadi artis... Kini sebumbung dengan Haqiem Rusli

Aliff kini sebumbung dengan Haqiem Rusli.

PERNAH tular dengan nyanyian lagu-lagu 'cover' di media sosial, impian remaja Aliff Kimiey untuk menjadi penyanyi akhirnya menjadi kenyataan apabila di kini dilamar syarkat rakaman FMC Music.

Seronok dapat bernaung di bawah syarikat yang sama dengan Haqiem Rusli dan Wany Hasrita, pemilik nama sebenarnya Muhammad Aliff Hamimiey Yuswade, 19, berharap dapat menyerlahkan bakatnya dalam bidang nyanyian.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM keliru... nak jadi penyanyi macam idola Khai Bahar atau juruterbang - “Ada komen suara sengau, saya tak hiraukan”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Syafiq Farhain, seorang lagi abang bomba tunjuk bakat... Apit SW belum sedia nyanyi ‘live’ di TV kerana gemuruh

“Syukur kerana bakat saya dilihat dan kini saya mula bernaung di bawah sebuah syarikat rakaman.

“Bukan hanya mahu serlah potensi dalam diri sahaja, malah saya juga mahu membantu keluarga jika berjaya dalam bidang seni ini.

“Semoga semua akan berjalan dengan lancar dan saya dapat berkongsi rezeki,” ujarnya kepada mStar.

aliff kimiey 2

Bukan lagi sekadar di media sosial, Aliff kini mahu serlahkan bakat dalam industri seni

Untuk rekod, mStar sebelum ini pernah menulis sebuah artikel berkaitan Aliff di ruangan berita viral berjudul 'Lepasan SPM keliru... nak jadi penyanyi macam idola Khai Bahar atau juruterbang - “Ada komen suara sengau, saya tak hiraukan'.

Sementara itu, Alif berkata, dia juga sudah bersedia dengan cabaran sebagai seorang penyanyi termasuk berdepan kecaman netizen.

Bukan hanya mahu serlah potensi dalam diri sahaja, malah saya juga mahu membantu keluarga jika berjaya dalam bidang seni ini

ALIFF KIMIEY

PENYANYI

“Dari awal lagi saya sudah tetapkan pendirian untuk bersedia dengan segala cabaran menjadi seorang artis.

“Saya mahu ambil dan beri aura positif dalam dunia seni, jadi soal kecamanan itu saya tolak tepi dahulu,” katanya.

Screen Shot 2022-04-10 at 1.20.31 AM

Aliff mahu bantu keluarga.

Aliff yang masih menuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam berjanji untuk cuba membahagikan masa sebaik mungkin agar tidak mengabaikan pelajaran.

“Pelajaran masih menjadi keutamaan saya. Saya tidak mahu ia terabai disebabkan terlalu mengejar mahu jadi artis.

“Jadi saya akan bahagikan masa sebaik mungkin untuk tugas seni dan akademik. Pihak pengurusan juga faham supaya saya memberi tumpuan kepada pelajaran,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain