suria

Pentas ‘Lagu Cinta Kita’ jadi saksi... Rupa-rupanya anak atur pertemuan Mas Idayu dengan Sufian Isa

Mas Idayu bakal berkahwin dengan Sufian pada September depan.

SELEPAS 15 tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Mas Idayu berkongsi berita gembira bakal bernikah dengan penerbit eksekutif TV3, Sufian Che Isa pada September akan datang.

Menurut Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, 50, dia sendiri tidak menyangka doanya sejak dua tahun lalu agar kembali bertemu jodoh dimakbulkan Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Mas Idayu terbuka hati kahwin lagi, mahu teman di hari tua - “Tak mudah pilih calon, yang penting bukan suami orang!”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji Mas Idayu nampak lembut... dah tak garang lepas berhijab - “Mummy masih orang sama... doakan yang baik-baik”

“Selepas 15 tahun hidup sendiri, saya sendiri tidak sangka akan melalui fasa perkahwinan sekali lagi.

“Sejak dua tahun kebelakangan ini saya selalu berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik dan syukur ia menjadi kenyataan,” katanya.

mas idayu 2

Doa Mas Idayu bertemu jodoh termakbul.

Berkongsi tentang pertemuan dengan Sufian yang juga seorang duda, Mas Idayu berkata, perkenalan mereka berdua bermula sejak sama-sama terlibat dalam program Mentor pada tahun 2008.

Kemudian mereka sekali lagi dipertemukan ketika terlibat dalam program Lagu Cinta Kita (LCK) tahun lalu.

“Siapa sangka jodoh saya dalam kalangan orang yang selalu bekerjasama. Inilah yang dikatakan jodoh.

“Bermula dari usikan rakan-rakan yang sama-sama terlibat dalam program LCK tahun lalu, membawa kepada hubungan yang lebih serius,” ceritanya.

Siapa sangka jodoh saya dalam kalangan orang yang selalu bekerjasama

MAS IDAYU

PENYANYI

Meluahkan rasa gembira, Mas Idayu turut bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang yang boleh menjaga dirinya.

Dia juga memberitahu anaknya, Nur Dayini yang mengaturkan pertemuan antara dia dengan Sufian sebelum ini.

“Memanglah gembira kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang boleh menjaga saya dan anak selepas ini.

“Sufian sudah bertemu dengan keluarga saya dan sebenarnya anak saya sendiri yang mengaturkan pertemuan kami sebelum ini,” ujarnya.

Penyanyi lagu Selangit ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada tahun 1997 namun bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Dayini Ashiqa yang kini berusia 25 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain