suria

Kemunculan wanita separuh bogel dalam MV ‘Rambang’ idea ibu, Chubb-E sedih terpaksa potong babak panas

Chubb-E berharap babak panas itu tidak disunting dan dapat dipertontonkan dalam MV Rambang.

PENYANYI Chubb-E mendedahkan adegan panas menampilkan seorang wanita separuh bogel dalam video muzik (MV) lagu terbaharunya berjudul Rambang merupakan idea asal ibunya sendiri.

Meletakkan harapan tinggi agar babak itu ditayangkan dalam MV berkenaan, Chubb-E atau nama sebenar Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy berkata keluarganya mengetahui apa yang dilakukan terutamanya berkaitan kerjaya seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada aksi lucah, Chubb-E tak sentuh wanita separuh bogel dalam MV ‘Rambang’

"Saya memang berharap babak itu ada dalam MV sebab ia merupakan idea asal ibu saya. Dia yang memberi idea untuk babak tersebut dan ibu juga yang mendapatkan model wanita dari Ukraine itu.

Chubb 2

Dua foto dari sedutan MV Rambang yang menjadi tular.

"Apa yang saya tunjukkan, netizen tak suka ke apa... memang semuanya keluarga saya tahu! Saya tak akan buat sesuatu yang keluarga tak suka," katanya kepada mStar.

Chubb-E ditemui ketika majlis berbuka puasa bersama artis dibawah pengurusan Ace Talent dan pelancaran lagu OoTD Raya di Grand Barakah Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Selain Chubb-E, majlis terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran Ruffedge, Da Unknown, Moleque dan Azuein Alonto selaku Pengarah Urusan Ace Talents.

Sebelum ini, tular foto sedutan babak dalam MV berkenaan memaparkan seorang wanita separuh bogel.

Ikutkan bagi saya, tak ada masalah pun babak itu.

CHUBB-E

PENYANYI

Menerusi temu bual bersama mStar, Chubb-E menegaskan tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana MV berkenaan tidak mengandungi adegan keterlaluan.

Gara-gara kecaman itu, pihaknya terpaksa membuang babak berkenaan selepas menerima kritikan netizen yang menganggap ia terlalu sensitif.

Dalam pada itu, Chubb-E berkata perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu memandangkan banyak MV lagu penyanyi rap lain seperti Caprice dan Joe Flizzow menggunakan konsep yang sama.

"Memang agak sedih bila babak tersebut terpaksa disunting dan dibuang. Ikutkan memang dah rancang nak jadikan ia salah satu gimik selepas dilancarkan.

Chubb 1

Chubb-E sedih babak tersebut terpaksa dibuang.

"Kami rakam MV itu awal bulan Februari lalu sebelum timbulnya isu Zul Ariffin. Bila dah jadi isu, terpaksa la buang. Ikutkan bagi saya, tak ada masalah pun babak itu.

"Sebab saya pun ambil idea dan rujukan daripada MV lama-lama seperti MV lagu Joe Flizzow dan Caprice. Mereka pun ada MV yang memaparkan wanita berpakaian bikini saja.

"Tapi sekarang netizen sensitif... kadang-kadang sensitif tak bertempat. Tapi saya pelik, bila babak itu tak ada dalam MV, netizen geram pula. Bila ada, kena kecam!" ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain