suria

[VIDEO] Enggan dituduh kaki ciplak, akhirnya Sharifah Rose tukar jenama ‘Sekuntum’ kepada ‘Harīrose’... Bukan senang fikir nama baharu

Sharifah Rose menukar jenama produknya susulan isu dituduh meniru produk jenama yang sedia ada.

PERNAH berdepan dengan kontroversi dituduh menciplak jenama produk sedia ada di pasaran, pelakon Sharifah Rose akhirnya menukar nama produknya itu kepada Harīrose.

Menjadikan kesilapan lalu sebagai pengajaran, Sharifah Rose atau lebih mesra disapa sebagai Rose memberitahu dia dan pasukannya mengambil masa dua minggu untuk mendapatkan nama tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Rose jawab tuduhan ciplak jenama, ‘Sekuntum’ panggilan sejak kecil... Tidak tahu kewujudan jenama sama

Menurut pelakon berusia 23 tahun itu, mereka mengambil masa yang agak lama disebabkan mahu memastikan tiada produk lain menggunakan jenama yang sama.

"Perubahan jenama ini disebabkan isu yang berlaku sebelum ini. Kami jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran. Pihak kami ada hubungi individu itu dan dia nak kekalkan nama jenamanya.

"Jadi saya dan team pun ambil keputusan untuk tukar nama jenama selari dengan pelancaran koleksi raya terbaharu. Memang ambil masa yang agak lama juga nak brainstorming idea nama baharu.

"Kami ambil masa dua minggu juga nak dapatkan nama itu. Bila suggest nama, kami akan periksa dulu dekat semua platfrom agar tiada jenama yang sama menggunakan nama itu.

"Nama 'Rose' pula memang ramai yang guna... kali ini memang kami lebih berhati-hati. Kesilapan yang sebelum ini dijadikan pengajaran," kata Rose kepada mStar.

Kami ambil masa dua minggu juga nak dapatkan nama itu.

SHARIFAH ROSE

PELAKON

Terdahulu, pelakon drama 3 Nota Cinta itu mengumumkan nama jenama produknya iaitu Harīrose bersama pelancaran koleksi raya di Instagram miliknya pada Jumaat.

Pada Februari lalu, seorang pengguna Twitter mendakwa pelakon itu meniru jenama dengan ejaan berbeza iaitu Sekuntum, namun wujud persamaan pada penggunaan logo tiga kelopak bunga.

Bagaimanapun, Rose tampil menjelaskan dia tidak mengetahui mengenai kewujudan jenama yang diperkatakan itu hinggalah dimaklumkan selepas melancarkan video promosi di laman sosial.

Rose 1

Sharifah Rose lancar koleksi tudung raya.

Berkongsi mengenai koleksi tudung raya terbaharu, Rose memberitahu dia dan pasukannya memilih tema Serasi mengikut kesesuaian menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan.

"Kami ada lima design untuk koleksi raya. Koleksi ini hasil daripada brainstorming saya bersama team. Memang selepas lancar koleksi pertama Februari lalu, kami dah mula plan untuk koleksi raya.

"InsyaAllah tak akan timbul lagi isu ciplak atau tiru. Koleksi kali ini kami memilih tema 'serasi' memandangkan tahun ini kita dapat beraya bersama keluarga dan rakan-rakan.

"Bila berkawan, ada keserasian... jadi dari situlah kami dapat inspirasi untuk hasilkan koleksi raya ini yang baru saja dilancarkan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain