GARA-GARA masalah saluran ulu hati, penyanyi Ziana Zain akhirnya mendapatkan rawatan dan selamat menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu. Menurut Ziana, rawatan tersebut dilakukan selepas mendapat nasihat daripada seorang pakar bedah bariatrik iaitu Dr. Mustafa Mohamed Taher. ARTIKEL BERKAITAN: Ziana anggap Vida biadab gelar Anuar Zain ‘gay’, netizen suruh mohon maaf "Syukur Alhamdullilah Kak Ziana dah selamat menjalani rawatan untuk gastrik Kak Ziana. Dr Mustafa menjelaskan angin yang selalu menyerang Kak Ziana rupanya berpunca dari saluran ulu hati yang dah longgar. View this post on Instagram A post shared by ZianaZain (@iamzianazain) "Jadi, cecair gastrik boleh senang masuk ke saluran itu. Alhamdulillah berkat daripada kepakaran Dr. Mustafa, Kak Ziana dapatlah menjalani kehidupan seperti biasa. "Insya-Allah bebas dari gastik dan tekanan darah tinggi Kak Ziana kembali normal... Amin," kata Ziana. Sebelum ini, penyanyi lagu Anggapanmu itu berkongsi pertemuannya dengan Dr. Mustafa berkenaan dengan masalah penyakit gastritis atau gastrik yang dialaminya pada Rabu lalu. Kata pemilik nama Siti Roziana Zain ini, dia berdepan masalah perut cepat berasa tidak selesa akibat angin dalam badan sehingga menyebabkan kesukaran bernafas. Rupa-rupanya banyak penyakit yang berpunca dari permasalahan perut. ZIANA ZAIN PENYANYI Dalam pada itu, penyanyi berusia 53 tahun ini memberitahu pembedahan pintasan usus (bariatrik) yang dilakukan bukan hanya untuk penurunan berat badan sahaja. Malah, kaedah perubatan itu juga dapat merawat penyakit gastritis atau gastrik, kolestrol dan kencing manis (diabetis). "Mungkin ramai yang berfikiran bahawa rawatan bariatik ini hanya untuk penurunan berat badan, sebenarnya ia juga boleh merawat penyakit gastrik, kolestrol dan diabetik juga. Ziana lakukan pembedahan bariatik. "Rupa-rupanya banyak penyakit yang berpunca dari permasalahan perut. Bagi Kak Ziana yang penting kita kena cegah sebelum parah. "Terima kasih kepada doktor dan semua pekerja hospital yang menjaga Kak Ziana sepanjang Kak Ziana disana," ujarnya. Selain Ziana, penyanyi Aishah turut mendapatkan khidmat doktor yang sama untuk pembedahan pintasan usus (bariatrik) yang dilakukan pada sekitar 2018. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI